Selain Mimi Lana, pelakon Jasper Supayah turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada aktor Amir Ahnaf yang kini berdepan kecaman segelintir netizen susulan isu yang tercetus di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Amir Ahnaf Baik Budi Pekertinya, Tapi Setiap Kali Ada Projek Nak Keluar Mesti Ada Benda Tak Elok Diperkatakan’ – Mimi Lana
‘Lelaki hormat wanita’

Menerusi hantaran di Threads, Jasper berharap orang ramai berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap Amir kerana berpendapat setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Dikala semua orang menghentam Amir dalam media sosial. Ada perkara yang saya nak beritahu mengenai Amir.
Dia seorang lelaki yang sangat menghormati wanita, mungkin dia ada buat silap, malah kita semua pernah buat silap. Kenapa nak kecam hanya kerana dia artis?.
Dalam hantaran sama, Jasper turut mengingatkan orang ramai agar menyebarkan perkara positif berbanding memburukkan seseorang.
Dia ibarat adik lelaki saya, dia seorang anak kepada seorang ibu, dia abang kepada adik-adiknya yang jauh merantau cari rezeki di KL.
Sentiasa baik dengan dia ya kawan-kawan. Kita ini manusia yang tak sempurna. Kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang, bukan kebencian. Bertabah Amir.
Terdahulu, nama Amir menjadi perhatian selepas tular tangkap layar yang memaparkan komen ‘jump jacks now’ yang ditinggalkannya pada foto seorang wanita berpakaian seksi.
Susulan isu tersebut, Amir dipercayai menyahaktifkan akaun Threads miliknya sebelum sempat membuat permohonan maaf berhubung tindakannya itu.
Sumber: Threads
The post Jasper Supayah Minta Netizen Berhenti Kecam Amir Ahnaf – ‘Dia Merantau Jauh Cari Rezeki Di KL’ first appeared on OHBULAN!.





