24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Akan Maafkan Awak Sampai Bila-Bila’ – Uyaina Arshad Dikhianati Individu Paling Dipercayai

    Shopee Sale

    Luahan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengakui sukar memaafkan tindakan seorang individu terhadap dirinya mengundang perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Akui Fasa Selepas Bersalin Bukan Mudah, Perlu Sokongan Orang Sekeliling

    Artikel Berkaitan: ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer

    Manusia toksik

    Menerusi hantaran di Threads, Uyaina, 33, meluahkan rasa kecewa terhadap individu berkenaan yang didakwa mempunyai sikap bermuka-muka dan toksik.

    Saya rasa tidak akan mampu memaafkan awak sampai bila-bila. Kepahitan hati, sikap bermuka-muka, mulut yang berbisa dan perangai toksik awak tidak layak mendapat kemaafan daripada saya.

    Hanya kerana saya memilih untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan segala keburukan awak, awak fikir saya lemah. Jangan sampai awak menguji kesabaran saya.

    Dalam hantaran sama, isteri kepada Raja Shahiran itu turut menegaskan dia tidak mahu bertindak dengan cara yang sama seperti individu berkenaan, meskipun berdepan situasi yang mengecewakan.

    Saya cuma tidak serendah awak untuk bertindak kecil hati dan berdendam dengan cara yang sama. Awak tahu kenapa pengkhianatan itu sangat menyakitkan?

    Kerana ia datang daripada seseorang yang selama ini kita percayai. Dan itulah pengajaran terbesar yang saya pelajari sepanjang tahun ini.

    Bagaimanapun, Uyaina tidak memperincikan perkara yang berlaku mahupun mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.

    MENARIK:  Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’

    Situasi itu sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan warganet mengenai individu yang menjadi sasaran luahan Uyaina.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Tak Akan Maafkan Awak Sampai Bila-Bila’ – Uyaina Arshad Dikhianati Individu Paling Dipercayai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah