30.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jangan Letak Batasan, Kreativiti Perlu Kebebasan’ – Ernie Zakri Respon Persoalan Tentang Jumlah Lagu Dalam Album

    Shopee Sale

    Penyanyi Ernie Zakri, memberi penjelasan berhubung persoalan yang timbul daripada segelintir individu mengenai jumlah lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya, ATMA.

    Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Saya Penat Untuk Berkarya..Pencapaian Yang Kecil Pun Tetap Dinilai & Dipersoalkan’ – Ernie Zakri

    Penjelasan Ernie 

    Ketika ditemui , Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, menyifatkan penghasilan sesebuah album adalah medan kebebasan untuk penyanyi dan komposer berkarya.

    Menurut Ernie, pendengar juga sering kali hanya memilih untuk mendengar lagu kegemaran mereka sahaja terutama apabila wujudnya medium penstriman serta aplikasi muzik dalam talian.

    Apabila kita menjadi seorang penyanyi, kita juga diberi kebebasan untuk berkarya. Mungkin zaman dahulu, khususnya zaman penyanyi senior saya, apabila keluar album dengan 12 atau 15 lagu, itu standard industri muzik ketika itu.

    Apabila kita membeli kaset dan sebagainya, mereka tak boleh terus melangkau ke lagu seterusnya. Mereka perlu mendengar keseluruhan karya.

    Sekarang, orang mempunyai banyak pilihan. Kadang-kadang kita keluarkan album dengan 10 lagu atau lapan lagu, tetapi pendengar akan memilih apa yang mereka mahu dengar.

    Dalam pada itu, Ernie menegaskan bahawa tiada standard khusus yang perlu diikuti oleh mana-mana penyanyi dalam menentukan jumlah lagu dalam album mereka.

    Kenapa tidak boleh ada lima lagu, tujuh lagu atau kita hasilkan EP sahaja? Itu satu seni. Jangan kita letakkan batasan atau peraturan kerana kreativiti perlu diberikan kebebasan dan kelonggaran.

    Ada orang percaya album mereka perlu ada 10 lagu dan itu terpulang kepada mereka. Kita kena percaya pada hasil kerja sendiri. Bagi saya, kalau ATMA ada tujuh lagu, tujuhlah. Kalau lima lagu utama, lima lagu utamalah.

    Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pra dengar album berkenaan yang berlangsung di Menara Symphony, Petaling Jaya pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Ubai MZ Kena Saman Parkir, Cadangkan Sebarkan Kesedaran Mengenai Sistem Bayaran Secara Dalam Talian

    Tambah pelantun lagu Sejambak Bunga itu, elemen penting bagi sesebuah album bukan terletak pada bilangan lagu tetapi kualiti dan jalan cerita yang dihasilkan.

    Justeru, Ernie sama sekali tidak bersetuju dengan konsep filler song dimuatkan di dalam album semata-mata untuk menambah bilangan lagu, selain percaya setiap karya dihasilkan haruslah dihargai.

    Saya tak percaya pada filler song. Ada sesetengah orang bertanya, ‘Oh, lagu ini tak ada lagu filler ke?’ Pada saya, itu satu perkara yang salah kerana kenapa perlu ada lagu filler dalam album? 

    Bagaimana pula perasaan komposer apabila kita beritahu, ‘Ini cuma lagu filler, untuk cukupkan kuota sahaja?’

    Saya pernah ada beberapa lagu filler dalam album. Kita rasa macam tak adil apabila sudah menyanyikan lagu dengan baik, tetapi akhirnya orang tak tahu pun lagu itu. 

    Tiada filler dalam album ATMA kerana daripada trek pertama hingga trek ketujuh, semuanya merupakan sebahagian daripada jalan cerita ATMA. 

    Jadi, rugi kalau mereka melangkau trek ketiga dan keempat kerana cerita itu tidak lengkap. Ibarat membaca sebuah buku, kalau kita melangkau beberapa bahagian, kita mungkin tak dapat memahami keseluruhan ceritanya.

    Sebelum ini, terdapat individu yang didakwa mempertikai penghasilan album ATMA yang dikatakan tidak lengkap sebagai sebuah album penuh kerana hanya mempunyai lima hingga tujuh lagu sahaja.

    The post [VIDEO] ‘Jangan Letak Batasan, Kreativiti Perlu Kebebasan’ – Ernie Zakri Respon Persoalan Tentang Jumlah Lagu Dalam Album first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah