Pelakon, Mimi Lana memberikan kata-kata semangat kepada aktor Amir Ahnaf yang berdepan kecaman bertalu-talu daripada netizen sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf & Tracie Sinidol Antara Calon Pelakon Paling Viral, Siapa Selebriti Pilihan Anda?
Amir baik budaknya

Menerusi hantaran di Threads, Mimi, 31, menyifatkan Amir sebagai seorang individu yang mempunyai budi pekerti baik, menghormati orang sekeliling dan bertanggungjawab terhadap kerjanya.
Amir Ahnaf ini baik budi pekertinya di luar. Sangat menghormati orang sekeliling. Bertanggungjawab dengan kerja dia. Tapi setiap kali ada projek dia nak keluar, mesti ada benda yang tak elok diperkatakan.
Jadi figura umum ini memang kena selalu berhati-hati, tanggungjawabnya besar. Sebab orang memerhatikan kita dan kadang-kadang jadikan kita contoh.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut berkongsi pesanan suaminya yang mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Justeru, Mimi berharap Amir tidak patah semangat dan menjadikan segala pengalaman yang dilalui sebagai ruang untuk belajar memperbaiki diri.
Suami saya selalu pesan dengan saya. Tapi kita ini manusia kan, kalau tak buat salah macam mana nak belajar kan? You can do this Amir! Jangan baga ok.
Bagaimanapun, Mimi kemudian bertindak memadam hantaran tersebut selepas beberapa jam dimuat naik.
Terdahulu, nama Amir menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular tangkap layar memaparkan komen berbunyi ‘jump jacks now’ ditinggalkannya pada foto seorang wanita berpakaian seksi.
Sumber: Threads
The post ‘Amir Ahnaf Baik Budi Pekertinya, Tapi Setiap Kali Ada Projek Nak Keluar Mesti Ada Benda Tak Elok Diperkatakan’ – Mimi Lana first appeared on OHBULAN!.





