27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Di Kala Kita Benci Kes Buli, Tiba-Tiba Dihidangkan Drama Kisah Ketua Buli’ – Amin Idris

    Shopee Sale



    Amin Idris

    Pendakwah terkenal, Amin Idris meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat sebuah naskhah tempatan yang mengangkat tema buli.

    Drama buli

    Amin Idris

    Menerusi hantaran di Instagram, Amin, 43, berkata, tindakan menayang naskhah berkenaan seperti bertentangan dengan usaha yang dilakukan segelintir pihak yang membendung isu buli.

    Di kala kita membenci kes-kes buli, tiba-tiba kita dihidangkan dengan drama kisah ketua buli. Ibarat satu tangan membina, satu tangan lagi menghancurkan.

    Dalam hantaran sama, Amin beranggap, perkara tersebut dilakukan demi mengejar populariti dan wang semata-mata.

    Tidak apa, demi duit dan populariti. Lagi pun, apa nak buat dah majoriti penonton suka.

    Walau bagaiamanapun, Amin tidak mendedahkan secara terperinci naskhah manakah yang dimaksudkan berhubung kenyataanya.

    MENARIK:  Berat Dari 105kg Ke 70kg, Enot Dedah Rahsia Kurus Tanpa Potong Usus – ‘Setahun Diet, Tak Ambil Gula & Karbohidrat’

    Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong pendapat yang dikemukan Amin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah