25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaim Zaini Tuntut Permohonan Maaf Daripada ‘Akak Catering’ – ‘Jatuh Air Muka Isteri Saya’

    Shopee Sale

    Pengacara dan usahawan, Zaim Zaini menuntut seorang wanita dan lelaki yang didakwa telah menjatuhkan air muka isterinya, Mia supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dengan segera.

    Artikel Berkaitan: Cara Janna Nick Buat ‘Review Fine Dining’ Ditegur – ‘Bukan Macam Itu Nak Buat Ulasan Makanan’

    Tuntut mohon maaf

    Zaim menegaskan, perkara itu perlu dilakukan sebelum dia mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua individu terbabit.

    Saya sedang menuntut keadilan orang yang menjatuhkan air muka isteri saya. Tuntutan maaf dari lelaki dan perempuan ini secara terbuka, tolong segerakan sebelum tindakan susulan lain diambil.

    Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang wanita dan lelaki mengunjungi gerai Zaim dan Mia untuk membeli nasi goreng yang dijual pasangan itu.

    MENARIK:  Ammar Ahyyan Dapat Lesen ‘P’, Aliff Syukri Dah ‘Order’ Kereta Sebagai Hadiah

    Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan menegur Mia supaya memasak makanan lebih awal dan menyimpannya di dalam bekas tahan panas mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

    Keadaan menjadi lebih panas apabila wanita yang mendakwa dirinya juga seorang pengusaha makanan itu dikatakan menegur Mia dengan nada suara yang tinggi.

    Dalam hantaran berasingan, Zaim dan Mia turut dilihat hadir ke sebuah balai polis dipercayai bagi membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

    Sumber: Threads

    The post Zaim Zaini Tuntut Permohonan Maaf Daripada ‘Akak Catering’ – ‘Jatuh Air Muka Isteri Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah