Penerbit, Jaja Ishak memilih penyanyi, Haqiem Rusli untuk menyampaikan lagu Katamu Sekejap yang menjadi lagu OST drama Sepenuh Hati Rindu kerana tertarik dengan kekuatan vokal serta penghayatan emosinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Pertaruh Shahz Jaszle & Farah Nabilah, Yakin ‘Sepenuh Hati Rindu’ Bakal Meledak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Kurang Gemar Ambil Artis Banyak Syarat, Enggan ‘Outstation’ Cabaran Produksi – ‘Syarikat Kami Banyak Penggambaran Di Pahang’
Haqiem pilihan utama – Jaja Ishak

Menurut Jaja, penyanyi yang pernah bergelar pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) itu merupakan pilihan pertamanya kerana karakter vokal dan identiti muziknya dilihat bersesuaian dengan jalan cerita drama berkenaan.
Saya memang minat lagu-lagu Haqiem dan melihat rekod karya dia sebelum ini sangat baik.
Drama ini banyak bermain dengan perasaan, ada kesedihan, duka dan kekecewaan. Saya rasa Haqiem mempunyai persona yang sesuai untuk menyampaikan emosi tersebut.
Bagi Jaja, lagu tema memainkan peranan penting dalam menghidupkan sesebuah drama, justeru dia seboleh-bolehnya mahu terlibat secara langsung dalam proses penghasilannya.
Pendekatan itu membolehkannya menyumbangkan idea berdasarkan pemahamannya terhadap jalan cerita, konflik dan perjalanan emosi setiap watak.
Menerusi Katamu Sekejap, Jaja berkongsi tanggungjawab menulis lirik bersama Haqiem dengan masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus, manakala komposer adalah penyanyi berkenaan dengan kerjasama Iqie Hugh.
Senang bekerjasama

Dalam pada itu, Jaja turut mendedahkan tanggapan awalnya terhadap Haqiem, 28, sebelum mereka berpeluang bekerjasama dalam projek tersebut.
Jaja mengakui pernah menyangka pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli seorang yang sukar didekati memandangkan statusnya sebagai artis gred A, malah dia sendiri berasa segan untuk menawarkan persembahan sebelum ini.
Sebenarnya saya memang peminat lagu-lagu Haqiem Rusli, cuma dulu saya tidak mampu hendak panggil dia buat persembahan (show).
Apabila bincang dengan pegawai perhubungan awam saya, dia beritahu Haqiem ini artis gred A, mampukah kita hendak bayar?
Bagaimanapun, peluang untuk bekerjasama akhirnya terbuka apabila syarikat Jaja mengemukakan tawaran kepada Haqiem pada tahun ini.
Jaja turut meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila tawaran tersebut diterima dengan baik oleh penyanyi itu.
Tetapi alhamdulillah, tahun ini rezeki kita lebih sedikit. Bila tawaran itu diberikan oleh syarikat saya, saya agak terkejut dan teruja apabila Haqiem menyambut baik tawaran itu.
Ia menunjukkan dia seorang yang tidak memilih label, asalkan kita berikan yang terbaik, dia sanggup bekerjasama.
Lagu Katamu Sekejap ciptaan Haqiem bersama Jaja bakal dilancarkan di semua platform penstriman digital mulai 26 Oktober ini.
Drama Sepenuh Hati Rindu yang dibintangi oleh Shah Jazle, Farah Nabilah, Razzuan Rosli dan ramai lagi bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 27 Oktober ini.
The post [VIDEO] Jaja Ishak Pilih Haqiem Rusli Bawa Katamu Sekejap – ‘Persona Dia Sesuai Dengan Emosi Drama’ first appeared on OHBULAN!.





