Pelakon, Datin Elvina Mohamad mengakui hilang sabar dengan sikap pembantu rumahnya yang didakwa memfitnah anak lelakinya sehingga menghasut jiran supaya melarang anak mereka berkawan dengan kanak-kanak itu.
Artikel Berkaitan: Elvina Mohamad Kecewa, Dakwa Perlu Lakon Babak Dukung & Keterlaluan – ‘Minta Tukar Screenplay & Guna Camera Trick Tak Boleh’
Pembantu rumah batu api

Elvina, 31, berkata dia berasa berang selepas mengetahui wanita terbabit bukan sahaja mereka cerita mengenai anaknya, malah sering mengadu domba dan memburukkan keluarganya kepada orang lain.
Menurut Elvina, perkara itu terbongkar selepas seorang jiran yang juga ibu kepada rakan anaknya memaklumkan mengenai tindakan pembantu rumah berkenaan yang melabelkan anaknya sebagai budak jahat.
Apa yang betul-betul melampaui batas adalah bila saya dapat tahu daripada jiran (ibu kepada kawan anak saya), dia beritahu ibu tersebut supaya jangan bagi anak dia berkawan dengan anak saya kononnya sebab anak saya budak jahat. Mendidih darah saya masa ini.
Sejak mula bekerja, dia selalu jadi ‘batu api’ suruh saya marahkan anak sendiri. Dia siap fitnah anak saya buat macam-macam perkara yang anak saya tak pernah buat.
Bila saya beritahu mahu semak rakaman CCTV, pembantu rumah jahat ini kata dalam CCTV tak nampak. Tapi bila saya periksa CCTV, jelas nampak segalanya dan anak saya langsung tidak buat apa yang diceritakan.
Dalam masa sama, Elvina turut mendakwa pembantu rumah berkenaan berperangai pelik termasuk mendakwa suami majikan terdahulu menyukai dirinya.
Masa awal-awal masuk kerja, dia sudah mula cerita buruk pasal majikan lama. Katanya ‘madam’ cemburu dengan dia sebab ‘sir’ sukakan dia sampai bagi bonus sebulan gaji.
Sebab itu dia berhenti dan beri alasan tak suka bersiap atau cantik-cantik sebab tak mahu majikan cemburu. Nak tergelak dengar cerita dunia khayalan dia ini. Ilusi sangat.
Belum masuk bab banyak sangat pantang larang. Makan itu tak boleh, pakai ini tak boleh sebab kulit sensitif. Tak boleh pakai kasut nanti ekzema, pakai seluar tak selesa dan kena pakai skirt labuh sahaja.
Tambah Elvina, dia turut kecewa apabila mendapati wanita berkenaan didakwa mengumpat keluarganya bersama pembantu rumah lain.
Bayangkan kita ada seseorang yang bekerja dalam rumah dan kita percayakan mereka dengan keluarga kita, tapi rupanya mereka bercakap buruk fasal anda dan anak-anak di belakang.
Bila kami dapat tahu dan tanya dia, terus keluar drama air mata. Cerita pun mula bertukar dan berpusing-pusing sana sini.
Saya berkongsi perkara ini sebagai amaran berdasarkan pengalaman sendiri supaya keluarga lain berhati-hati dan tidak melalui pengalaman buruk yang sama.
Sumber: Threads
The post Elvina Mohamad Hilang Sabar Dengan Sikap Pembantu Rumah, Hasut Jiran Benci Anak – ‘Dia Batu Api, Mendidih Darah Saya’ first appeared on OHBULAN!.





