Bila Bila sebut pasal basuh baju, mesti ada yang rasa macam banyak benda kena fikir. Nak letak berapa banyak sabun, pilih mod mana dan paling risau kalau tersalah tetapan sampai baju rosak.
Sebab itu, teknologi mesin basuh yang boleh buat sebahagian kerja secara automatik boleh jadi penyelamat, terutama untuk pasangan atau keluarga yang nak berkongsi tugas dobi di rumah.
1. Tak perlu lagi main agak-agak sukatan detergen
Antara perkara yang kadang-kadang buat orang malas nak uruskan dobi sendiri ialah nak agak berapa banyak detergen perlu digunakan.
Terlalu banyak pula risau membazir, terlalu sedikit mungkin rasa macam pakaian tak cukup bersih. Dengan fungsi Auto Dose, jumlah detergen yang diperlukan untuk cucian boleh ditentukan secara automatik, jadi pengguna tak perlu lagi pening memikirkan sukatan setiap kali nak basuh baju.
2. Tak pasti nak pilih mod mana? Biar teknologi bantu
Kalau jenis yang tengok banyak pilihan pada mesin basuh pun dah mula pening, fungsi “6 Sense AI Wash” boleh membantu memudahkan rutin mencuci pakaian.
Teknologi ini membantu menentukan mod basuhan yang sesuai secara automatik mengikut keperluan cucian, jadi pengguna tak perlu terlalu risau tersalah pilih tetapan.
3. Pasangan pun boleh ambil alih tugas dobi
Bila urusan basuh baju hanya biasa dilakukan oleh seorang dalam rumah, ahli keluarga lain mungkin kurang yakin nak ambil alih.
Dengan ciri yang lebih pintar dan mudah digunakan, pasangan atau ahli keluarga lain boleh mula berkongsi tugas mencuci pakaian tanpa perlu terlalu bergantung kepada seorang saja untuk menguruskan dobi harian.
4. Anak-anak pun boleh belajar berdikari
Selain membantu meringankan tugasan ibu bapa, rutin dobi juga boleh dijadikan peluang untuk mengajar anak-anak berkongsi kerja rumah dan belajar berdikari.
Dengan teknologi yang membantu memudahkan proses cucian, anak-anak juga boleh diperkenalkan kepada rutin mencuci pakaian secara lebih mudah dan teratur mengikut kesesuaian umur mereka.
Teknologi pintar untuk rutin dobi yang lebih mudah
Menerusi Laundry Series, Coway memperkenalkan rangkaian mesin basuh yang dilengkapi teknologi untuk membantu menjadikan rutin dobi di rumah lebih mudah.
Antara pilihan yang boleh diterokai termasuk Washer Dryer 12/9kg dan Front Load Washer 12kg, sesuai untuk keperluan cucian isi rumah yang berbeza.
Lebih menarik lagi, Coway menawarkan pelan bayaran bulanan yang membolehkan korang memiliki mesin tanpa perlu membayar keseluruhan harga secara sekali gus!
Bila korang beli Coway, korang terus dapat Heart Service, yang merangkumi khidmat penjagaan profesional setiap enam bulan untuk memberikan ketenangan fikiran sepanjang tempoh penggunaan mesin.
Layari laman sesawang Coway untuk mencari pelan yang sesuai dengan keperluan isi rumah dan bajet anda.
Nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian Laundry Series Coway dan ciri-ciri yang ditawarkan? Kalau nak tengok produk dan teknologi ini, korang juga boleh berkunjung ke stor Coway BEREX di Ombak KLCC.
Menerusi Laundry Series, Coway memperkenalkan rangkaian mesin basuh yang dilengkapi teknologi untuk membantu menjadikan rutin dobi di rumah lebih mudah. Korang boleh tengok sendiri pilihan yang ada di laman rasmi Coway:
Laundry Group: Lihat Laundry Series Coway
Washer Dryer 12/9kg: Lihat Washer Dryer Coway
Front Load Washer 12kg: Lihat Front Load Washer Coway
The post Tak Perlu Tunggu Pandai Basuh Baju, Teknologi Pintar Boleh Bantu first appeared on OHBULAN!.





