25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tidak Hamil, Perut Buncit’ – Bunga Citra Lestari

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari menafikan dakwaan kononnya dia kini sedang hamil susulan tular gosip tersebut di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Didakwa Fail Cerai Sebab Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Bunga Citra Lestari Kongsi Momen Romantis Dengan Suami

    Nafi hamil

    Menerusi perkongsian di Threads, Bunga, 43, menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar dan keadaan perutnya yang kelihatan lebih berisi berkemungkinan menjadi punca timbulnya spekulasi berkenaan.

    Dengar-dengar ada akaun media sosial yang cakap saya hamil. Untuk pengetahuan, saya tidak hamil. Saya hanyalah manusia berusia 43 tahun. Saat period datang, perutnya bloated.

    Kadang kala, angle kamera juga boleh membuatkan perut saya terlihat buncit. Oleh itu berhenti buat spekulasi.

    Pelantun lagu Cinta Sejati itu turut menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama dirinya berdepan khabar angin mengenai kehamilan.

    Ini bukan pertama kali saya dikatakan hamil. Saya tidak rasa ada yang salah pun kalau pada masa-masa tertentu wanita mengalami bloating dan terlihat lebih buncit berbanding biasa.

    Untuk rekod, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Tiko Pradipta Aryawardhana pada 2 Disember 2023. Pasangan itu bagaimanapun masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Pakai Susuk Demi Jodoh, Kecewa Selepas Dua Kali Putus Tunang

    Bunga sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung pada Februari 2020.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Tidak Hamil, Perut Buncit’ – Bunga Citra Lestari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah