28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Floor 88 Nyaris Disaman Penganjur, Pengurus ‘Lock’ Persembahan & Ambil Deposit – ‘Kita Masih Fikir Aib & Ahli Keluarga Dia’

    Shopee Sale



    Ekoran isu ditipu pengurus, kumpulan terkenal Floor 88 masih memberi peluang untuk berdamai namun, perlu mengikut proses yang sebetulnya.

    Seleweng duit persembahan

    Ketika ditemui , salah seorang daripada ahli kumpulan Floor 88 iaitu Eric akui hantaran yang dimuat naik mengenai pengurusnya itu bukan atas niat untuk memalukan, namun sebagai langkah berhati-hati.

    Menurutnya, terdapat penganjur yang nyaris menyaman kumpulan Floor 88 kerana tidak memulangkan deposit persembahan.

    Mula-mula kami tak mahu dedahkan namanya sebab memikirkan aib. Kita pun macam keluarga.

    Kami keluarkan kenyataan itu supaya penganjur di luar sana tidak terkena dengan penipuan dia.

    Dia lock persembahan di luar atas nama Floor 88 dan ambil deposit, tapi kami tak tahu.

    Ada penganjur yang hampir nak saman Floor 88 sebab tak pulangkan deposit.

    Kesilapan dia melibatkan ramai pihak.

    Eric berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Ingat Tarikh Nikah, Jawapan Suami Dira Abu Zahar Bikin Netizen Dekah – ‘You Nikah Dengan Siapa 23 Jun Tu?’

    Berdamai ikut proses

    Dalam pada itu, Ayie memaklumkan bahawa mereka akan menerima permohonan maaf daripada bekas pengurusnya, Asyraf jika dia berjumpa dengan kesemua anggota Floor 88.

    Tidak cukup dengan itu, kemaafan itu harus diikuti dengan proses yang sebetulnya.

    Kita ada keluarga nak bagi makan.

    Dia tak fikir periuk nasi kita, kenapa kita kena fikir periuk nasi dia.

    Saya mengharapkan dia jumpa datang kami berenam, selesaikan masalah ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah