26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fizi Ali Nafi Isteri Terlibat Isu Pendaftaran Sekolah Ameena, Tegur Shakilla Khoriri Merentan Di Media Sosial – ‘Harap Tak Bawa Lari Anak

    Shopee Sale



    Fizi Ali

    Penyampai radio, Fizi Ali terpanggil untuk membalas kenyataan dibuat bekas isteri, aktres Shakilla Khoriri berhubung isu pendaftaran persekolahan dan individu yang mengaku sebagai penjaga utama anak mereka, Ameena Sofea.

    Isteri terpalit

    Fizi Ali

    Fizi atau nama lengkap Mohd Hafizudin Alimudin, 35, menegaskan bahawa isterinya, Siti Zulaikha tiada kena mengena dengan isu tersebut sepertimana didakwa segelintir pihak.

    Jelas Fizi, tidak logik untuk isterinya mendaftarkan persekolahan Ameena kerana kanak-kanak itu masih mempunyai ibu dan bapa kandung.

    Yang fasal sekolah, apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana (Shakilla) cakap semua korang percaya.

    Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang buli dia macam-macam.

    Mak tiri baik layan anak tiri baik korang kecam, mak tiri dera anak dia korang kecam, korang nak macam mana lagi.

    Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

    Bincang di mahkamah

    Fizi Ali

    Mengajak berbincang menggunakan saluran yang betul, Fizi turut menegur tindakan Shakilla yang meluahkan ketidakpuasan hatinya dalam media sosial.

    Sebelah sana cerita pasal hak, cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang, bukan merentan dekat IG.

    Lepastu, hujung-hujung post jual cili oil. Jangan nampak sangat lah nak meniaga guna marketing kotor.

    Cukup lah, kalau tak puas hati kita berkawan di mahkamah bukan sosial media. Apa perangai macam budak-budak.

    Bawa lari anak

    Shakilla Khoriri

    Menjangkakan ada perkara tidak diingini bakal berlaku selepas kenyataan dikeluarkan, Fizi bagaimanapun berpesan kepada Shakilla untuk tidak membawa lari anak mereka.

    Lepas ini mesti belah sana bawa lari anak. Cuma nak ingatkan, mahkamah jatuhkan anak raya belah sini. Harap tak bawa lari okay, saya ambil tindakan di mahkamah sahaja nanti.

    Semalam, Shakilla meluahkan rasa berang apabila ada individu yang mengaku sebagai penjaga anaknya, Ameena dan bertindak mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuan dirinya.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’

    Malah, aktres itu turut mendakwa sering dilarang berhubung dengan anaknya setiap kali tiba giliran pihak lain yang menjaga.

    Sekadar info, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

    Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena yang kini berusia 6 tahun.

    Shakilla kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Mohd Fariz pada 24 Februari 2024 manakala Fizi pula bernikah dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah