
Meskipun memilih jalan perpisahan, namun usahawan Datuk Aliff Syukri serta kakaknya Yatie Kamarzaman tetap menjaga hubungan yang baik dengan ayah tiri mereka.
Berbuka puasa bersama
Hari ni berkumpulnya budak gen z, artis no 1 negara yg melantik diri sendiri dan host TikTok yg femes ? @Aliff Syukri Kamarzaman @Nur Shahida Mohd Rashid @Saiful Anuar Hashim @AJ #family #bukapuasa
? original sound – Yatie.kamarzaman – Yatie.kamarzaman
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, keluarga besar usahawan terkenal tersebut dilihat sedang berkumpul di rumah Aliff untuk berbuka puasa bersama-sama dan turut hadir adalah bapa tiri mereka yang dikenali sebagai Abang Haji.
Walau bagaimanapun, kelibat ibu mereka iaitu Bonda Rozita tidak kelihatan di kediaman berkenaan.
Tetap jaga ukhuwah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keluarga mereka yang masih mengekalkan ukhuwah bersama Abang Haji meskipun telah berpisah dengan Rozita.
Dalam masa yang sama, warganet turut kagum dengan Aliff dan Yatie kerana berusaha untuk mengumpulkan semua ahli keluarga mereka.
Bagusnya, masih kekal silaturahim dengan bekas ayah tiri.
Baiknya adik beradik Datuk Aliff dengan Abang Haji.
Abang Haji disayangi anak-anak dan cucu-cucu walaupun sekadar bapa dan datuk tiri.
Alhamdulillah, syukur hubungan ukhuwah macam ini kena jaga sebab hubungan adik beradik perlu dikekalkan.
Mesti dia seorang ayah dan datuk tiri yang baik, tak perlu glamor tetap disayangi.
Datuk tiri masih disayangi oleh anak cucu, banyak jasa dan kenangannya bersama keluarga besar Datuk Aliff.
Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.
Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.
Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.
Kemudian, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.





