Selepas kejayaan filem Menjelang Maghrib pada tahun 2022, Helroad Films kembali dengan sambungannya berjudul Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai, yang dijangka tampil dengan jalan cerita lebih menyeramkan.
Artikel Berkaitan: Qodrat 2 Gegar Pawagam Malaysia! Filem Seram Aksi Dengan Sentuhan Emosi & Agama
Artikel Berkaitan: Filem Seram Bisikan Dosa Bakal Ditayangkan Di Pawagam 9 Januari 2025
Kekal dengan tema ‘Wanita Yang Dipasung’

Menurut penerbit dan pengarah, Helfi Kardit, filem kedua ini masih kekal dengan tema utamanya iaitu, ‘Wanita Yang Dipasung‘. Namun versi kali ini lebih gelap, sarat dengan unsur budaya dan mistik yang bertentangan dengan sains moden.
Untuk filem yang kedua ini, saya masih konsisten dengan tema utama iaitu pasung. Meskipun filem ini akan dihasilkan dalam beberapa siri lagi, ia akan masih kekal dengan tema yang sama.
Latar zaman penjajahan Belanda, suasana sarat unsur mistik

Berlatarbelakangkan tahun 1920-an, ketika Indonesia masih dijajah Belanda atau dikenali sebagai Hindia Belanda, filem ini membawa penonton ke Desa Karuhun iaitu kawasan terpencil di kaki gunung yang menyimpan seribu satu kisah seram.
Ia mengisahkan Giandra, seorang doktor muda kelulusan Universiti STOVIA yang terbaca kisah tentang gadis bernama Layla yang dipasung kerana dianggap mengalami gangguan mental. Namun, rawatan yang dilakukan oleh seorang dukun itu bertentangan dengan prinsip Giandra sebagai seorang doktor.
Bersama seorang wartawan kacukan Belanda tempatan yang bernama Rikke, Giandra mula menyelami misteri Lyla dan bermula lah satu demi satu rahsia gelap mula terbongkar.
Sambutan hebat di Indonesia, bakal gegar pawagam Malaysia

Filem Menjelang Maghrib 2 sudah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 4 September lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penonton yang tinggi.
Helfi turut berharap sambungan ini akan menerima sambutan yang hangat seperti filem Menjelang Maghrib 1 yang berjaya mecatat kutipan hampir RM 2 juta di Malaysia.
Semasa Menjelang Maghrib ditayangkan di Malaysia tiga tahun lalu, ia mendapat sambutan hangat daripada penggemar filem seram dengan kutipan hampir mencecah RM 2 juta.
Jadi, sudah tentu saya meletakkan harapan agar filem kedua ini juga akan ditonton ramai warga Malaysia seperti yang pertama.
Filem ini dibintangi oleh Aditya Zoni, Ajeng Fauziah, Muthia Datau dan ramai lagi.
Bagi peminat filem seram Asia, Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai akan mula menghantui pawagam seluruh negara mulai 20 November 2025.
The post Filem ‘Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai’ Kembali Dengan Kisah Lebih Menyeramkan first appeared on OHBULAN!.





