32.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FFM34: Pertarungan Sengit Lima Karya Hebat Demi Gelaran Filem Terbaik

    Shopee Sale

    Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menampilkan pelbagai genre filem dimana masing-masing hadir dengan jiwa tersendiri daripada nadi aksi yang epik hingga kisah yang sarat emosi dan menyentuh hati.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Teruja Kembali Tercalon FFM34 – ‘Kali Terakhir Waktu Umur Saya 12 Tahun’

    Artikel Berkaitan: Dana RM 1 Juta Menanti Pemenang Filem Terbaik FFM34, Ini Senarai Penuh Top 5 Setiap Kategori 

    Filem terbaik

    Kategori Filem Terbaik menampilkan saingan yang cukup hebat dari segi pelbagai gaya penceritaan. Antara filem yang bersaing ialah filem Blood Brothers: Bara Naga, Babah, Reversi, Takluk: Lahad Datu dan Soloz: Game of Life.

    Bagi kategori ini, pemenang bakal membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta.

    Filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga menjadi taruhan utama.

    Filem aksi ini bukan sahaja dari segi visual tetapi juga menampilkan lakonan dan koreografi aksi yang mantap. Kisahnya mengangkat tema pengorbanan dan kepercayaan yang mampu membangkitkan emosi meskipun dibaluti dalam genre penuh aksi.

    Filem Babah merupakan filem dari arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim membawa kisah yang penuh dengan sentimental.

    Filem ini mengetengahkan hubungan seorang bapa dan anak dalam suasana yang sederhana tetapi menusuk ke dalam jiwa.

    Sementara itu, filem Reversi arahan Adrian Teh muncul sebagai karya yang lebih eksperimental dan berani. Filem ini mengetengahkan tema psikologi dengan struktur penceritaan yang unik dan berbeza.

    MENARIK:  Iman Troye, MK K-Clique & PTTI Santuni Anak-Anak Yatim Rumah Raudhatul Al-Faeez Beli Baju Raya

    Lakonan yang dizahirkan oleh karakter yang kompleks dan sarat dengan konflik dalaman, meraih pujian ramai. Reversi menonjol dari segi keberanian artistik dan kekuatan dalam pengarahan.

    Takluk: Lahad Datu karya Zulkarnain Azhar membawa tema patriotik yang berdasarkan peristiwa sebenar.

    Filem ini mencipta suasana medan tempur yang realistik dengan sinematografi dan rekaan produksi yang mengagumkan, serta semangat dan keberanian yang diangkat menjadikan filem ini relevan sebagai berjiwa nasionalisme.

    Akhir sekali, Solo: Game of Life arahan dari Syafiq Yusof tampil dengan tema yang jarang dibawa dalam sinema tempatan.

    Dunia e-sukan dan realiti digital menjadikan idea bagi filem ini lebih segar dan berani. Filem ini juga menjadi signifikan sebagai usaha dalam memperkenalkan budaya digital kepada penonton tempatan.

    Siapa bakal juara?

    Ramai yang menjangkakan filem Blood Brothers: Bara Naga yang akan membawa pulang trofi kemenangan bagi kategori Filem Terbaik.

    Akan tetapi, Reversi dan Babah juga tidak boleh dipandang ringan kerana masing -masing ada gaya penceritaan yang unik dan tersendiri. Filem Takluk dan Solos juga akan membuktikan industri filem tempatan kini makin berkembang.

    Malam kemuncak FFM34 bakal berlangsung pada 1 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri yang akan disiarkan secara langsung di RTM TV2 dan YouTube FINAS pada jam 9 malam.

    The post FFM34: Pertarungan Sengit Lima Karya Hebat Demi Gelaran Filem Terbaik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah