26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Tumpang Gembira Lihat Rezeki Kamal Adli Terus Melimpah – ‘Tahun 2026 Tahun Dia’

    Shopee Sale

    Rezeki pelakon, Kamal Adli terus melimpah ibarat air mengalir meskipun rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose sedang dilandai badai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar ‘Laku Keras’ Gara-Gara Fenomena Jamilah – ’16 Tahun Saya Memperlahankan Kerjaya Seni’

    Rezeki mengalir macam air

    Terbaharu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dilantik sebagai duta gedung tesktil terkenal iaitu Jakel bagi kempen tahun 2026.

    Menerusi beberapa hantaran di TikTok, pelakon drama Rahsia Kelabu itu dilihat hadir ke bangunan Jakel Mall untuk menandatangi perjanjian.

    Perkongsian tersebut disambut baik dan rata-rata peminat meluahkan rasa teruja di atas pelantikan tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Nampak Mata Talita ‘Berkaca’ Menyanyi Lagu Kesetiaan – ‘Suara Macam Arwah Ibu Dia’

    Tidak kurang juga yang menyifatkan Kamal seorang kuat dan mendoakannya terus semangat mengharungi ujian.

    Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

    Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.

    Video

    " data-video-id="7576942057596505362" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @jakeltextile

    Misteri terjawab. Dialah pilihan kami. Mepersembahkan Kamal Adli sebagai Duta Jakel 2026. Bersedia untuk tahun yang lebih bergaya buat semuat peminat Jakel! #IngatKainIngatJakel #JakelJeLah #Jakel #KamalAdli

    ♬ original sound – JAKEL®️ – JAKEL®️

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Netizen Tumpang Gembira Lihat Rezeki Kamal Adli Terus Melimpah – ‘Tahun 2026 Tahun Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah