Pengacara dan personaliti media sosial, Fedtri Yahya berkongsi pengalamannya apabila didatangi oleh kanak-kanak autisme.
Artikel Berkaitan: Fedtri Yahya Terharu, Ibu Dedah Anak Autistik Tiru Gaya Mengacara – ‘Baru Je Tahun Lepas Anak Saya Mula Bercakap’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Kongsi Kucing Jadi Perisai Sihir, Antara Bentuk Bantuan Allah – ‘Kalau Terkena, Akan Mati Dahulu’
Ruang selamat

Menerusi hantaran di Threads, Fedtri berkongsi bahawa seorang kanak-kanak pernah meluru ke arahnya semasa dia sedang mengacarakan sebuah majlis.
Menurut Fedtri, kanak-kanak tersebut sedang mencari ruang selamat untuk menenangkan diri dan tingkah laku itu adalah cara yang sering dilakukan mereka untuk mengecas semula emosi serta tenaga.
Pernah dulu mengacarakan majlis, ada kanak-kanak meluru dan meniarap tepi kaki.
Ibu bapa maklumkan yang anak itu austime dan kawasan tempat saya berdiri tu macam ‘ruang selamat’ untuk anaknya. Ada karpet (berbulu) dan sejuk serta terlindung sebab ada ‘lectern’.
Selang beberapa minit, dia akan ulang alik untuk ‘recharge’.
Semoga penjaga anak-anak istimewa diberi kekuatan untuk terus menjaga permata hati.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih kepada Fedtri kerana memahami keadaan kanak-kanak tersebut.
Dalam masa sama, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi situasi sama ketika mereka bersama kanak-kanak autisme.
Sumber: Threads Fedtri Yahya
The post Fedtri Yahya Didatangi Kanak-Kanak Autisme Semasa Kendali Majlis – ‘Kawasan Saya Berdiri Adalah Ruang Selamat Untuknya’ first appeared on OHBULAN!.





