32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pertikai Pakaian Anak-Anak, Netizen Minta Cik Epal Berhenti ‘Provoke’ – ‘Macam Dendam Bertingkat-Tingkat’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas suaminya, Jofliam, berkenaan pemakaian anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan lelaki itu.

    ‘Itu dah kira obsessive behavior dah tu’

    Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Cik Epal memaklumkan bahawa dua anaknya, Han dan Yuki, tidak memiliki pakaian elok ketika dihantar semula kepadanya.

    Disebabkan itu, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, terpaksa membeli baju dan seluar baharu untuk mereka.

    Namun, pendedahan tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang daripada netizen yang menganggap isu itu terlalu remeh untuk dikongsikan ke media sosial.

    Di aplikasi Threads, ramai menyifatkan Cik Epal seakan-akan suka memperbesar-besarkan hal kecil semata-mata untuk mencetuskan provokasi terhadap bekas suami.

    Benda seluar yang dia pakai pun dia yang bagi masa balik rumah bapak dia, lupa kot sebab sibuk block orang.

    Tak boleh berbaik ek dengan orang macam ni. Tiap benda kau nak provoke. Ko kenapa ek?

    Memang nampak macam dia ni tak move on langsung ya dengan duda kesayangan dia ni. Macam dendam bertingkat-tingkat.

    Kalau hari-hari meroyan provoke, itu dah kira obsessive behavior dah tu.

    Semua benda die nak post kalau perasan semua orang dia nak record and tag and some people rasa offended sangat-sangat ya tanpa kau tahu please common sense sikit.

    Hal kecil pun dibesar besarkan, tu mungkin tak tengok lagi duda berselimut di wayang. Tunggu next topik merentan.

    Di sebalik kontroversi yang tercetus, rata-rata netizen memuji sikap Jofliam yang kini dilihat lebih tenang dan matang dalam menangani isu bersama bekas isteri.

    MENARIK:  ‘Doakan Ibu Saya Yang Kini Sedang Bertarung Nyawa Di ICU’ – Anak A. Aida

    Jofliam juga dilihat sudah lama tidak memuat naik hantaran berbaur sindiran atau membalas kenyataan dari Cik Epal.

    Jo is getting smarter now. Dah agak lama juga his post and stories takde unsur sindir menyindir, provoke memprovoke. By doing this, orang akan nampak who’s the real problem. Tapi I hope lepas ni dia tak perlu nak up story minta maaf dan sebagainya, tak perlu layan orang yang provoke ni, they just want attention.

    Yang aku tak faham dulu pasang pasal tak dapat anak, ni dapat anak pertikaikan pakaian. Ni siapa yang narcissistic ni? Dulu ye aku ingat Jo tu yang psycho tapi bila aku tengok Jo banyak diam tapi dia yang memekak, meluat pulak aku tengok.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah