31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ini Mungkin Persembahan Terakhir’ – Siti Nurhaliza Kenang Momen Bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah

    Shopee Sale

    Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimbau kembali kenangan manis bersama Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.

    Artikel Berkaitan: ‘Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Satu Pemergian Besar Buat Negara’ – Siti Nurhaliza

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Berpelukan Dengan Tun Dr Hasmah – ‘Sangat Bersifat Keibuan’

    Siti kenang kenangan bersama Tun Dr Hasmah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti berkata Allahyarhamah pernah memberitahu bahawa persembahan untuk program jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sound of Malaysia sempena sambutan hari kebangsaan 2025 mungkin menjadi yang terakhir buat mereka bersama.

    Kenangan bersama Bonda Tun Hasmah takkan hilang dari ingatan saya selamanya.

    Semasa persembahan ini, Bonda Tun bisik pada saya, ini mungkin persembahan terakhirnya bersama saya.

    Kerana itulah saya tak dapat menahan air mata dan terus menangis sepanjang latihan bersama arwah.

    Lebih menyentuh hati, Siti turut mengenang pelukan daripada Allahyarhamah yang disifatkannya seperti pelukan seorang ibu.

    Saya dapat rasakan pelukan erat seorang ibu. Saya pun rasa tak nak lepaskan pelukan erat itu.

    Bonda Tun akan selalu dalam doa saya, sepertimana doa saya buat Mak dan Abah.

    Untuk info, Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pagi 28 September 2026 pada usia 100 tahun sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada petang hari sama.

    MENARIK:  [VIDEO] Miliki Wajah Mirip Tengku Hassanal, Remaja 15 Tahun Raih Populariti – ‘Ni Mesti Maknya Terkenan Masa Mengandung’

    Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

    The post ‘Ini Mungkin Persembahan Terakhir’ – Siti Nurhaliza Kenang Momen Bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah