Perkongsian terbaharu usahawan, Datuk Seri Vida mengenai status hubungannya dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengundang tanda tanya dalam kalangan ramai.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Mohon Maaf Isu Konten Bersama DSV – ‘Sebagai Bakal Imam, Saya Akan Usaha Mencerminkan Contoh Yang Baik’
Artikel Berkaitan: Individu Tegur Vida & Fazley Yaakob Supaya Jaga Batas – ‘Mana Perasaan Malu? Jangan Bangga Buat Dosa’
Ujian bertunang?
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, 55, berkata dia sanggup datang dari Ipoh ke Kuala Lumpur untuk melawat Fazley yang mengalami kecederaan kaki selepas terseliuh ketika bermain badminton.
Lebih mencuri perhatian, Vida berseloroh bahawa kecederaan yang dialami Fazley itu merupakan salah satu ujian dalam fasa pertunangan mereka.
Dari Ipoh terus pergi ke Kuala Lumpur sebab nak ziarah abe ku (Fazley) kaki terpeleot ketika main badminton.
Ujian fasa bertunang. Semoga abe cepat sembuh.
Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut terhadap kenyataan yang dibuat Vida.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Kaki Fazley Yaakob Terseliuh, Vida Seloroh Ujian Fasa Bertunang – ‘Dari Ipoh Terus Ke Kuala Lumpur Sebab Nak Ziarah…’ first appeared on OHBULAN!.





