31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pegawai Khas Perjelas Pemilihan Lokasi Bagi Tujuan Pengurusan Jenazah – ‘Masjid Itu Sentiasa Terima Sedekah Daripada Tun Hasmah’

    Shopee Sale

    Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali dibawa ke Masjid As-Syarif, Sungai Besi bagi urusan pengurusan jenazah atas permintaan keluarga.

    Artikel Berkaitan: Legasi Tun Dr Siti Hasmah Bermula Jauh Sebelum Menjadi Isteri Perdana Menteri

    Artikel Berkaitan: Video Tun Mahathir Kongsi Tips Rumah Tangga Kembali Tular – ‘Kita Kena Toleransi..’

    Pemilihan lokasi

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Pegawai Khas Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab persoalan segelintir pihak mengenai pemilihan masjid berkenaan.

    Menurutnya, Masjid As-Syarif sering menerima sumbangan daripada Tun Hasmah pada setiap Jumaat sejak dahulu lagi.

    Buat yang bertanya kenapa Tun Hasmah dibawa ke Masjid As-Syarif Sungai Besi bukan masjid yang lebih besar, itu kerana permintaan keluarga dan masjid tu sentiasa menerima sedekah dari Tun setiap Jumaat sejak dulu lagi.

    Dalam pada itu, Pegawai Khas yang dikenali sebagai Adam turut memaklumkan bahawa pemergian Allahyarhamah berjalan lancar selain menitipkan doa agar segala jasa dan kebaikannya terus mengalir.

    Allahyarhamah juga pergi dalam keadaan cukup mudah. Semoga jasa dan budi Tun akan mengalir hingga akhirat. 

    Sekadar info, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

    MENARIK:  Datuk Red Mahu Jadi Kawan, Netizen Mohon Lepaskan Adira Dengan Baik – ‘Berdamailah Dengan Takdir’

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

    Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi Isnin pada usia 100 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Pegawai Khas Perjelas Pemilihan Lokasi Bagi Tujuan Pengurusan Jenazah – ‘Masjid Itu Sentiasa Terima Sedekah Daripada Tun Hasmah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah