31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Buat Tun Mahathir – ‘Jaga Kesihatan, Kami Sayang Tun’

    Shopee Sale

    Pelakon Rita Rudaini tampil menitipkan kata-kata semangat buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sangka Dia Pergi…’ – Tun Dr Mahathir

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Jadikan Rumah Tangga Tun Mahathir & Tun Hasmah Sebagai Contoh – ‘Bukan Sekadar Cinta, Cari Yang Sekufu’

    Rita Rudaini titip kata semangat

    Menerusi hantaran balas di Threads, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, mendoakan agar Tun Mahathir terus kuat serta menjaga kesihatan.

    Rita turut menyifatkan negarawan itu sebagai seorang lelaki yang bijak dan berprinsip selain menghargai kesetiaan dalam rumah tangga.

    Jaga kesihatan Tun, kuat ye Tun. Kami sayang Tun. Tun M bukan saja seorang lelaki yang bijak dan berprinsip, tetapi seorang lelaki yang tahu erti setia dan menghargai teman hidupnya. Kuat ye Tun.

    Sekadar info, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 selepas berkenalan ketika sama-sama menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Opai Panggil Anak-Anak Tiri ‘My Son’ & ‘My Princess’ – ‘Macam Darah Daging Sendiri, Nampak Dia Tulus Menerima’

    Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

    Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi Isnin pada usia 100 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Rita Rudaini Titip Kata-Kata Semangat Buat Tun Mahathir – ‘Jaga Kesihatan, Kami Sayang Tun’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah