Pempengaruh, Adira Salahudi tidak dapat menahan air mata apabila menerima kejutan daripada suaminya, Ammar Azizzan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh selain meraikan hari kelahirannya.
Artikel Berkaitan: Individu Terharu Adira Salahudi Beri Saguhati Selepas Tolong Beli ‘Spec’ – ‘Harga RM88 Je Tapi Tengok Dia Bank In Berapa’
Sebak terima kejutan

Menerusi hantaran di Instagram, Ammar membuat kejutan dengan membawa isterinya menaiki sebuah kereta mewah berwarna putih.
Adira turut tersentuh ketika membaca ucapan istimewa yang ditulis Ammar pada sekeping kad yang disertakan bersama jambangan bunga mawar merah.
Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga dilimpahkan rezeki. Semoga cinta kita kekal hingga jannah.
Pasangan itu kemudian meraikan hari istimewa mereka bersama kenalan terdekat di sebuah restoran terkenal iaktu Chakuro Yakiniku yang terletak di ibu kota.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar rumah tangga pasangan tersebut terus bahagia dan berkekalan.
Ammar dan Adira mendirikan rumah tangga pada 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram
The post Adira Salahudi Sebak Terima Kejutan ‘Birthday’ & ‘Anniversary’ Daripada Suami – ‘Semoga Kita Kekal Hingga Jannah’ first appeared on OHBULAN!.





