Perkongsian terbaharu anak sulung pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Zahrafeena menyorot perhatian orang ramai.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Kini Sah Suri Hati Farouk Osman Yunus, Tiga Anak Turut Hadir Di Hari Bahagia
Artikel Berkaitan: Anak-Anak Rindu Zahnita Wilson, Bekas Suami Dakwa Dah Tiga Bulan Tak Berjumpa – ‘Berhenti Berbohong’
Kahwin

Menerusi perkongsian di TikTok, Zahrafeena memuat naik beberapa foto yang merakam detik-detik bahagia ketika ibunya selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati, Farouk Osman Yunus baru-baru ini.
Dalam hantaran sama, Zahrafeena tidak ketinggalan menitipkan kata-kata penuh makna buat ibunya yang kini memulakan fasa baharu dalam kehidupan.
Kita semua dah lalui banyak sangat perkara. Saya harap sekarang ibu lebih bahagia.
Semoga segala-galanya akan menjadi lebih baik selepas ini. Sayang ibu.
Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian ramai apabila segelintir netizen juga tidak melepaskan peluang menitipkan doa buat Zahnita dan suaminya.
Terdahulu, Zahnita kembali bergelar isteri selepas selamat dinikahkan dengan pasangannya dalam satu majlis pada Sabtu lalu.
Untuk rekod, sebelum ini Zahnita mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafor pada 2005 namun bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Komen netizen


Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Anak Sulung Zahnita Titip Kata-Kata Menyentuh Hati – ‘Saya Harap Sekarang Ibu Lebih Bahagia’ first appeared on OHBULAN!.





