Pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro bakal menggalas tanggungjawab baharu apabila dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi Semester I sesi 2026/2027.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Tegur Lawak ‘Body Shaming’ Harith Iskander – ‘Awak Legend, Minta Maaf Malu‘
Tenaga pengajar sambilan

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 42, bakal mengajar kursus Seni Lakon yang memberi tumpuan kepada bidang ‘stand-up comedy’ di bawah Kursus Citra Universiti.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahrol meluahkan rasa teruja menerima kepercayaan berkenaan, selain menyifatkan kemahiran komunikasi sebagai antara perkara penting dalam dunia komedi.
Saya menyambut baik tawaran UKM sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027.
Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan inidividu berdiri di atas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.
Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat.
Dalam hantaran sama, Shahrol turut berkongsi surat tawaran daripada UKM sebagai tanda terujanya untuk memulakan tugas sebagai tenaga pengajar.
Pelantikan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang mempersoalkan kelayakan akademik pelawak kelahiran Kluang, Johor itu.
Menjawab persoalan tersebut, pihak UKM menjelaskan pelantikan Shahrol dibuat berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pengamal industri seni.
Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti bagi Kelas Seni Lakon yang mengkhususkan kepada ‘stand-up comedy’ di UKM.
Kursus Citra UKM (Seni Lakon) adalah kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan serta persembahan.
Dalam kenyataan sama, UKM turut mengesahkan pelantikan Shahrol sebagai tenaga pengajar sambilan Citra Universiti di Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC).
The post Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar UKM Dipersoal, Pihak Universiti Tampil Perjelas first appeared on OHBULAN!.





