26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Ubah Penama Hibah Takaful Kepada Ibu, Boleh Agih Pada Fatima Sekiranya Apa-Apa Berlaku

    Shopee Sale



    Di Facebook, seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin berkata, pelakon Fattah Amin tidak pernah putus membuat caruman takaful untuk ibu bapanya sejak tahun 2015 lagi.

    Agih pada Fatima

    Terbaru, Syafique memberitahu, dia belajar banyak perkara dalam industri yang diceburi termasuk mengikut perjalanan hidup kliennya.

    Alhamdulillah sejak 2015 jaga Takaful @fattahaminz dan keluarga. Dia tak pernah putus buat caruman takaful ibu bapa dia dari dulu lagi walau macam mana keadaan dia pun. Dalam industri ni kita grow dengan client. Macam-macam perkara dan pelajaran yg dapat untuk always reflect back.

    Tambah Syafique, Fattah sudah membuat perubahan pada penama hibah iaitu kepada ibunya.

    Hari ini selesaikan beberapa urusan untuk ubah penama hibah takaful Fattah kepada ibunya. Pemegang amanah untuk agihkan pada Fatima kalau apa-apa berlaku pada Fattah. Kita merancang tapi Allah maha merancang. Semoga terus sukses sahabat.

    Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

    MENARIK:  Opie Zami Terkesan Jiwa Oleh Ayahnya - 'Saya Merasa Tersisih, Tak Berani Ambil Tindakan'

    Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Kemudian, Fattah bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya kepada Fazura. Peguam yang mewakili Fattah iaitu Puan Syamimi Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua belah pihak bersetuju dengan terma yang telah ditetapkan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah