32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Tolak Komisen Jualan Kambing Perap, Minta Infak Kepada Golongan Memerlukan – ‘Kami Kecewa..Dia Tak Ambil Satu Sen Pun’

    Shopee Sale



    Pelakon kacak, Fattah Amin membuat keputusan dengan menolak komisen hasil jualan kambing perap di TikTok, baru-baru ini.

    Fattah Amin tolak komisen

    Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin sebaliknya meminta syarikat jenama kambing perap itu untuk menginfakkan kesemua komisen yang diterimanya kepada golongan yang memerlukan.

    Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh syarikat kambing perap itu dengan memuat naik perbualan mereka bersama pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di group WhatsApp.

    Kami kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil satu sen atas penat lelah menjual kambing. Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.

    Kami minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Semoga dibalas segala kebaikan Fattah Amin.

    Meskipun begitu, mereka tidak mendedahkan amaun sebenar yang diterima Fattah.

    MENARIK:  Harris Alif Terima Mesej Lucah & Gambar Tak Senonoh Daripada Rakan Seindustri – ‘Godaan Selepas Kahwin’

    Difahamkan, aktor itu berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah