32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harris Alif Terima Mesej Lucah & Gambar Tak Senonoh Daripada Rakan Seindustri – ‘Godaan Selepas Kahwin’

    Shopee Sale



    Harris Alif

    Meskipun sudah bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata, pelakon Harris Alif mendedahkan masih berdepan godaan daripada wanita lain termasuk rakan seindustri.

    Godaan wanita lain

    Harris Alif

    Memilih untuk tidak melayan, Harris atau nama lengkap Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, berkata, dia sentiasa mengawal diri dan menyedari statusnya sebagai suami orang.

    Of course ada (godaan), tapi dia berbalik pada diri sendiri. Kalau saya kuat untuk menangkis semua benda itu, insya-Allah tak ada apa-apa.

    Tapi gangguan tu ada DM. Menjadi-jadi godaan selepas dah kahwin, Ada yang kata suami orang lebih bertanggungjawab. Malah, ada juga rakan artis yang mencuba nasib.

    Tapi jangan melayan je lah, saya ambil konsep jangan terlalu melayan. Kalau terlalu melayan kan nanti jadi masalah juga. Saya pun sedar diri, saya ini suami orang, kena kawal.

    Harris berkata demikian ketika ditemui di sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Mesej, gambar lucah

    Harris Alif

    Berkongsi lanjut, suami kepada aktres Intan Nurladyana itu memberitahu bentuk gangguan yang diterima adalah menerusi kiriman mesej dan gambar tidak senonoh di Instagram.

    Gambar macam-macam, mengucap kalau tengok. Memang tak sedap mata memandang orang kata, lagi-lagi perempuan.

    Tak adalah setiap hari tapi boleh kata kerap jugalah. Seram-seram saya delete je.Delete je lah takkan nak tengok dan simpan gambar-gambar tu.

    Dalam pada itu, disoal adakah dia memaklumkan kejadian tersebut kepada isterinya, Harris menjawab dia sentiasa terbuka dengan Intan.

    Saya tunjuk dan kongsi dengan Intan, dia gelak je. Sebab dia tahu saya macam mana.

    Mungkin sebab dia dalam industri, jadi dia faham. Saya rasa kalau saya dapat isteri yang keluar dari industri mungkin akan jadi konflik.

    Sekadar info, Harris dan Intan, 41, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Evie, 2, dan Umayr yang kini berusia sepuluh bulan.

    MENARIK:  [VIDEO] Luahan Naqiu Tentang Anak Istimewa Undang Sebak – ‘Saya Harap Alexander Pergi Dulu, Supaya Dia Tak Rasa Kehidupan Tanpa Ibu Bapanya’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah