Pelakon, Fattah Amin memilih untuk menegur serta menasihati individu yang melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya dan isteri, Amira Othman, secara terus agar mesej yang disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas.
Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Bertubi-Tubi, Fattah Amin & Amira Othman Tegur Haters – ‘Tak Suka Jangan Tengok, Kau Kenapa Nyah?’
Nasihat secara terus

Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin berkata tambahan lagi pada bulan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk lebih berhati-hati dan menjaga setiap tutur kata.
Saya bercakap secara terus terang supaya orang faham. Tambahan pula dalam bulan puasa, sepatutnya kita bercakap perkara yang baik.
Kadang-kadang memang perlu bercakap secara terus kerana jika berkias, ada yang tidak faham.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2026 di Hotel Pavillion di ibu negara, semalam.
Sementara itu, Fattah tidak menafikan bahawa kata-kata negatif kadangkala boleh memberi kesan kepada perasaan.
Bagaimanapun, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu berkata sebarang kecaman yang diterima biarlah menjadi urusan mereka dengan Allah.
Kalau masih ada yang menggunakan akaun palsu untuk menulis perkara negatif, itu terpulang kepada mereka. Itu antara mereka dengan Tuhan. Kita hanya boleh menasihatkan dengan baik.
Setiap perkara yang kita lakukan sebenarnya diperhatikan. Allah Maha Melihat. Jadi kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita katakan.
Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita memang terasa dengan kata-kata orang. Tetapi apa yang boleh kita lakukan hanyalah bersabar.
Bersabar

Ketika ditanya sama ada Amira pernah mengadu kerana terkesan dengan kecaman yang diterima, Fattah berkata isterinya hanyalah manusia biasa namun tidak pernah menunjukkan kesedihan secara berlebihan.
Saya selalu berpesan kepada Amira supaya bersabar. Allah menyukai hamba-Nya yang bersabar.
Orang yang melakukan perkara tidak baik pasti ada balasannya suatu hari nanti.
Kita sebagai manusia tidak perlu membalas perkara buruk dengan keburukan.
Selagi kita melakukan perkara yang baik dan tidak membalas dengan perkara yang buruk, itu sudah memadai.
Jika perkara itu melampaui batas, mungkin ada tindakan undang-undang yang boleh diambil.
Sebelum ini, pasangan itu tampil bersuara menangkis tindakan para pengkritik (haters) mereka semasa sesi siaran langsung baru-baru ini.
The post Fattah Amin Nasihat Netizen Tanpa Berkias, Tegur Cakap Yang Baik – ‘Saya Selalu Berpesan Pada Amira Supaya Bersabar’ first appeared on OHBULAN!.





