24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahiril Adzim Menyukai Mendengar Gamelan dan Minat Terhadap Muzik Tradisional yang Kuat – ‘Sensation Dia Menyentuh Hati Kita’

    Shopee Sale



    Pelakon, Zahiril Adzim mendedahkan dirinya merupakan penggemar dan peminat bagi elemen muzik tradisional dan nusantara terutama sekali alat muzik gamelan.

    ‘Syok’ dengar gamelan

    Ketika ditemui , Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkata, minat itu mula hadir apabila dia mendengar irama muzik tersebut hampir setiap hari sewaktu menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) satu ketika dahulu.

    Tambah Zahiril, dia pasti akan berhenti daripada melakukan sebarang pekerjaan kerana terpegun dengan alunan muzik gamelan itu.

    Saya memang suka akan muzik-muzik tradisional terutama sekali muzik gamelan.

    Waktu saya belajar di Aswara satu ketika dahulu boleh dikatakan hampir setiap hari saya dengar muzik gamelan.

    Saya kalau dengar ada orang mainkan muzik gamelan saya akan berhenti seketika dan tengok persembahan itu sebab ia seakan merasuk kita.

    Ia buatkan saya jadi ‘syok’ sewaktu mendengarkan alunan muzik gamelan tersebut.

    Zahiril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, pada malam Rabu.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan bahawa elemen muzik itu jugalah yang menjadi salah satu faktor dirinya menerima tawaran untuk berlakon di dalam filem berkenaan.

    Meskipun filem Waruga ini tidak menggunakan irama muzik gamelan tapi ia masih menerapkan elemen muzik tradisional.

    Bila saya dengar adanya latang belakang lagu yang sebegitu, ia membuatkan saya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.

    Lagi pula sudah lama saya tidak bekerja untuk naskah dan karya yang menggunakan elemen-elemen nusantara sebegini.

    Sekadar info, filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ ini merupakan filem seram yang menerapkan elemen nusantara arahan Azaromi Ghozali.

    MENARIK:  Dahlia Rizal Rasa Kena Fitnah Dituduh Tak Bersuara – ‘Saya Faham Kenapa Ada Yang Bersangka Macam Tu’

    Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah