
Pelakon Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat berada di sebuah bilik pameran kereta.
Beli kereta raya?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki memuat naik gambar bersama Fattah yang dikatakan sedang mencari kereta raya.
Dalam pada itu, Hanif sempat memuji keperibadian pelantun lagu ‘Wanita Terakhir’ itu yang rendah diri.
Terima kasih singgah.
Fattah memang seorang yang humble.
Fattah cakap dia datang nak cuci mata kereta raya.
Agak-agak model mana yang berjaya memikat Fattah?
Rezeki Fattah




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kejayaan Fattah atas usahanya sendiri. Selain itu, warganet turut mendoakan rezeki buatnya semakin meluas.





