29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Imbau Zaman Kecil Hidup Serba Sederhana, Terpaksa Catu Makanan – ‘Pengalaman Itu Bentuk Saya Jadi Wanita Kuat’

    Shopee Sale

    Pelakon, Fasha Sandha mengimbau kembali kehidupan zaman kecilnya yang serba kekurangan sehingga terpaksa mencatu makanan demi meneruskan kelangsungan hidup.

    Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tidak Hutang Penjelasan Tampil ‘Free Hair’ Dalam Drama Baharu – ‘Lebih Baik Fokus Isu Minyak’

    Catu makanan

    Fasha atau nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata pengalaman membesar dalam keluarga sederhana bersama ibu tunggal banyak membentuk dirinya menjadi seorang yang kuat dan cekal menghadapi cabaran hidup.

    Saya bukan datang daripada keluarga yang senang. Sejak kecil, hidup saya penuh dengan perjuangan. Saya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Mama bersusah payah membesarkan kami.

    Sampai sekarang saya masih ingat, waktu kecil kami terpaksa catu makan. Pengalaman itu membentuk saya menjadi seorang wanita yang kuat.

    Ada satu kenangan yang saya takkan lupa. Masa di Perlis, jiran kami lebih berkemampuan. Mereka boleh beli aiskrim untuk anak mereka, sedangkan saya dan kakak hanya mampu melihat.

    Saya masih ingat bagaimana aiskrim itu seolah-olah ditayangkan di depan kami. Saya sempat berkata kepada kakak, “Tak apa, nanti mama balik kerja, kita makan aiskrim.” Tapi hakikatnya, kami memang tak mampu waktu itu.

    Fasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Puteri Kembang Malam yang berlangsung di Media Prima, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Pakai Makeup Ketika Live, Wajah Amira Othman Buat Ramai Terpesona – ‘Muka Tak Siap Pun Lawa Masalahnya’

    Bercerita lanjut mengenai detik tersebut, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan situasi yang dilalui bukan kerana ibunya tidak mampu, sebaliknya perlu mengutamakan keperluan lain yang lebih penting.

    Menurut Fasha, pengalaman hidup yang mencabar itu menjadi pemangkin untuknya terus berusaha dalam kerjaya seni, selain tidak pernah mengambil mudah setiap peluang yang datang.

    Sebenarnya bukan tak mampu sepenuhnya, tapi mama perlu berjimat kerana ada perkara lain yang lebih penting daripada membeli aiskrim. Momen itu sangat melekat dalam ingatan saya sampai hari ini.

    Sebab itulah bila saya dapat peluang pekerjaan, saya takkan menolak. Saya tahu ramai lagi yang susah dan memerlukan. Pengalaman hidup susah itu sentiasa mengingatkan saya untuk terus bekerja keras.

    Alhamdulillah, bila dewasa Allah gantikan kesusahan itu dengan sedikit kesenangan. Bukanlah saya hidup mewah, tapi sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dan makan minum yang mencukupi.

    Dulu, dari sekolah rendah sampai petang, makan pun kena catu, kadang-kadang hanya nasi dengan telur. Makanan seperti KFC mungkin setahun sekali sahaja. Kalau beli apa-apa, kena kongsi dengan adik-beradik.

    The post Fasha Sandha Imbau Zaman Kecil Hidup Serba Sederhana, Terpaksa Catu Makanan – ‘Pengalaman Itu Bentuk Saya Jadi Wanita Kuat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah