30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Farisha Iris Batal Kahwin Akhir Tahun, Bekas Kekasih Berusia 30 Tahun Dianggap ‘Terlalu Baik’ – ‘Restu Ibu Bapa Berharga’

    Shopee Sale



    Farisha Iris

    Impian penyanyi Farisha Iris untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini tidak kesampaian apabila hubungan cinta dengan kekasih hati putus di tengah jalan.

    ‘Dia terlalu baik’

    Farisha Iris

    Ketika ditemui , Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmadi, 25, bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar hubungan itu berakhir selepas lebih setahun mereka bersama.

    Khabar angin kata saya nak kahwin, itu dah tidak jadi. Sepatutnya adalah perancangan iaitu pada hujung tahun ini, tetapi tidak  jadi disebabkan beberapa hal tertentu.

    Agak tidak elok untuk saya kongsikan sebabnya kerana tidak mahu aib sesiapa yang keluar.

    Namun, kedua-dua belah pihak tahu mengenai perancangan untuk mendirikan tangga pada hujung tahun.

    Farisha berkata demikian ketika ditemui pada program Celebrate Earth Day with Hariz Hamdan yang berlangsung di Arena Universiti Malaya, pada Khamis.

    Akui dirinya berasa sedih, pelantun lagu Tak Malu itu menegaskan restu ibu bapa sangat penting dalam sesebuah hubungan apatah lagi untuk mendirikan rumah tangga.

    Saya rasa mungkin dia terlalu baik untuk saya. Atau mungkin belum tiba masanya untuk berkahwin, orang kata belum sampai seru nak kahwin. Belum ada rezeki.

    Tipu lah kalau cakap saya tidak sedih. Apa pun yang paling penting untuk seseorang itu berkahwin adalah restu daripada kedua orang ibu bapa.

    Sebagai contoh, kalau keluarga kata tidak okay bermaksud tidak okay pasangan kita. Saya yang sentiasa bersama keluarga untuk apa-apa keputusan.

    Hubungan saya dan dia masih baik. Saya tidak suka bermusuhan dengan sesiapa.

    Justeru, Farisha berkata dia kini hanya ingin memberikan fokus kepada pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

    Untuk masa sekarang, saya hanya ingin fokus dengan apa yang saya mahukan dalam kehidupan dan teruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah Pengajian (PhD).

    MENARIK:  ‘Cukup-Cukuplah Buat Cerita Melagakan Orang, Tak Pasal Dapat Dosa Kering’ – Zaquan Adha

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah