Penyanyi remaja Indonesia, Farel Prayoga, mencuri perhatian ramai menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul ‘Lemak Manis’, sekali gus menandakan kemunculan rasminya dengan imej dan gaya muzik lebih matang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Adik Cilik Dapat Pujian Fauziah Latiff – ‘Wonderful Singing, Iman’
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lagu Tradisional Nafi Terlibat Kes Amang Se*sual Pelakon Cilik – ‘Itu Fitnah’
Sesuai melodi Melyu-pop

Single terbaharunya dilancarkan secara rasmi pada 2 Oktober lalu dengan menampilkan rakaman semula yang merupakan hasil kolaborasi pertama antara Malaysia dan Indonesia, dibawakan secara eksklusif oleh Indigital Music.
Selaku penerbit, mereka tertarik untuk memperkenalkan Farel ke pasaran lebih luas kerana yakin dengan bakat serta potensinya sebagai bintang serantau pada masa hadapan.
Kolaborasi ini turut dianggap sebagai langkah strategik dalam merentasi dua negara, memandangkan Farel sudah memiliki peminat yang besar di Indonesia dan diyakini mampu menambat hati pendengar di Malaysia pula.
Transisi ini menjadi langkah penting dalam kerjaya Farel, yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi lagu berbahasa Jawa, termasuk beberapa karya yang pernah tular.
Dengan ciri khas dan lenggok semula jadinya, lagu ini dalam versi Farel pula lebih menyerlah dan sesuai dengan melodi Melayu-pop.
Saya bersyukur kerana Lemak Manis menarik perhatian pendengar sejak dilancarkan beberapa bulan yang lalu.
Peminat juga memberikan maklum balas yang baik dengan versi kali ini.
Sebenarnya untuk merakamkan lagu ini bukan mudah dan ada banyak cabaran tersendiri.
Saya sendiri bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pelbagai pihak sejak proses rakaman berlangsung.
Farel mengakui bahawa dia sangat mengagumi cara penyampaian Roslan Madun sebagai penyanyi dan pencipta asal lagu ‘Lemak Manis’.
Katanya lagi, dia berharap peminat di Malaysia dapat menerima versi orkestra yang dibawakannya kali ini.
Ikon muda Indonesia

Perjalanan seni penyanyi remaja Indonesia ini bermula sebagai penyanyi jalanan, dan video cover lagu seperti ‘Tiara’ dan ‘Satu Mimpi’ yang tular telah melonjakkan namanya sejak usia kecil.
Namanya kian memuncak pada tahun 2022 selepas mempersembahkan lagu berbahasa Jawa, ‘Ojo Dibandingke’, di hadapan Presiden Indonesia, Jokowi, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia mendapat liputan meluas.
Video tersebut bukan sahaja meraih jutaan tontonan, malah turut menjadi trending di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan nama Farel ke peringkat lebih luas.
Itu merupakan antara kenangan paling manis dalam hidup saya.
Bukan mudah untuk meraih kepercayaan Presiden Indonesia sendiri yang mahu melihat persembahan saya.
Saya anggap ini rezeki yang baik dan tuah dalam memulakan perjalanan kerjaya seni.
Harapnya ‘Lemak Manis’ turut akan membawa tuah saya di Malaysia.
Sejak daripada itu, Farel terus menjadi ikon muda Indonesia yang mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan umur, tidak kira sama ada kanak-kanak atau dewasa.
Kata pengarah urusan syarikat label rakaman, Nana Mohamad Rom, sambutan awal terhadap single ini sangat positif, terutamanya daripada peminat setia Farel, tidak kira golongan umur bagi peminat muzik serantau.
Kita yakin kepada bakat dan potensi besar yang ada pada Farel.
Dia masih muda dan boleh meneroka banyak perkara dan kami berbesar hati untuk bersama-samanya memulakan langkah di Malaysia.
Kerjasama ini bukan yang pertama dan terakhir memandangkan kita sudah merancang beberapa lagu lain seterusnya membuka jalan untuk Farel melebarkan pengaruh di Malaysia.
Video muzik ‘Lemak Manis’ nyanyian Farel kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Indigital Music.
The post Farel Prayoga Lancar Single ‘Lemak Manis’ Versi Orkestra, Menawan Hati Peminat Serantau first appeared on OHBULAN!.





