Menjadikan muzik sebagai satu olahan emosi, penyanyi Fanzi Ruji tampil dengan sebuah karya terbaharu berjudul ‘Berharap’.
Artikel Berkaitan: Fanzi Ruji Buka Langkah, ‘Mata Hati’ Jadi OST Drama Bukan Sekadar Lafaz
Artikel Berkaitan: Marsha Dedah Ibu Pernah Tak Restu Jadi Penyanyi & Terima Bayaran Hanya RM570 – ‘Saya Terpaksa Pinjam Wang Dekat Adik Beradik’
OST drama
Fanzi atau nama sebenarnya Mohd Rifanzi Ruji, 37, bersama Reza Ramsay mencipta single tersebut berdasarkan pengalamannya ketika menempuh alam percintaan.
Lirik lagu ini menonjolkan situasi seseorang yang tidak mampu melepaskan insan paling bermakna dalam hidupnya. Lalu, dia terperangkap dalam kesedihan dan tidak mampu membuka hati kepada cinta baharu.
Lagu ini sangat istimewa kerana saya diberi ruang dan kebebasan sepenuhnya mencipta melodi dan menulis lirik mengikut kata hati saya sendiri. Segala yang terhasil datang daripada emosi dan pengalaman paling dalam.
Menurut Fanzi, lagu tersebut sudah disiapkan kira-kira setahun lalu namun masih menunggu peluang yang sesuai sehinggalah pengarah terkenal, Michael Ang memilih ‘Berharap’ sebagai lagu tema bagi drama terbaharunya, ‘Kerana Seorang Lelaki’.
Saya memang terkejut dan tak sangka apabila dimaklumkan bahawa Michael berminat menjadikan Berharap sebagai OST dramanya. Perasaan saya ketika itu sangat teruja dan bersyukur.
Saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada Marsha Londoh Entertainment yang mencadangkan lagu ini kepada Michael. Pencapaian ini satu peluang yang saya anggap cukup istimewa, terutama bagi penyanyi baharu seperti saya. Ia memberi keyakinan untuk saya terus berkarya.
Jika lagu ini menjadi tular dan diterima ramai, pastinya ia akan menjadi satu suntikan untuk saya terutama apabila orang nampak bakat dan keupayaan saya untuk mencipta lagu.
Fanzi berkata demikian kepada menerusi sidang media yang diadakan secara atas talian baru-baru ini.
Kerjaya muzik
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, penyanyi berasal dari Negeri Di Bawah Bayu ini bagaimanapun tidak menjadikan populariti sebagai penanda aras kejayaannya dalam bidang seni.
Menyanyi adalah passion dan satu terapi untuk saya. Saya tidak meletakkan ekspektasi yang tinggi untuk menjadi artis terkenal tetapi saya mahu teruskan menyanyi dan berkarya disebabkan minat.
Ia akan menjadikan saya lebih ikhlas dalam berkarya. Pada saya muzik adalah ‘food to my soul’, ia lebih kepada kepuasan peribadi.
Fanzi yang juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris itu juga tidak akan sesekali berputus harap untuk menembusi muzik arus perdana.
Sebelum ini saya aktif bernyanyi di Sabah dan di sana sentiasa ada bakat-bakat baru yang lahir. Itu sebenarnya memberikan persaingan hebat tetapi bagi saya ia satu perkara yang positif.
Tetapi kita perlukan peluang untuk tembusi mainstream. Di Sabah saya sudah bernyanyi dari tahun 2011 manakala di Semenanjung pula sejak 2020.
Di Semenanjung adalah lubuk bagi muzik arus perdana jadi selagi mana saya tidak berputus asa, insyaAllah karya saya boleh menembusinya.
The post Fanzi Ruji Syukur ‘Berharap’ Diangkat Jadi OST Drama, Intai Peluang Tembusi Mainstream – ‘Muzik Adalah Food To My Soul’ first appeared on OHBULAN!.





