34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi Fadzil Umum Dana & Insentif RM300 Juta Untuk Industri Kreatif, Pastikan Hak Seniman Terjaga

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil memperuntukkan sejumlah nilai besar bagi para seniman agar hak-hak mereka terus terjaga.

    Artikel Berkaitan: Netizen Minta Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas Terhadap Podcast Jemput ‘Hot Daddy’

    Artikel Berkaitan: Sedang Menunggu Kebenaran Daftar Kematian, Fahmi Fadzil Bantu Urusan Suami Fiza Kamarudin Di London

    Bantuan buat para seniman

    Ketika ditemui , Fahmi memaklumkan bahawa mesej utama yang disampaikan adalah berkaitan sokongan dan insentif untuk para seniman yang terlibat dalam bidang perfileman.

    Selain itu, Fahmi menjelaskan bahawa inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2024 turut berjaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

    Hari ini mesej yang kita nak sampaikan adalah kerajaan akan terus membantu para seniman yang terlibat dalam perfileman.

    Industri budaya dan kreatif menyumbang sebanyak 6.8% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bersamaan RM130.7 bilion pada tahun 2024, serta menyediakan lebih 763,000 peluang pekerjaan.

    Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada majlis Simposium sempena Hari Seniman Malaysia 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.

    Dana & insentif

    Mengulas lanjut mengenai dana dan insentif yang disediakan, Fahmi menekankan usaha untuk memastikan kebajikan serta kelestarian industri kreatif terjamin.

    Menurut Fahmi, peruntukan bernilai lebih RM100 juta telah disediakan, selain memastikan hak-hak para seniman terus dipelihara.

    Peruntukan RM300 juta bagi Insentif Penggambaran Filem di Malaysia (FIMI) untuk tempoh lima tahun akan datang, bagi menarik lebih banyak produksi antarabangsa dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penggiat tempatan.

    Pelancaran Dana Citra bernilai RM10 juta, yang memfokuskan pada pembangunan kandungan berteraskan identiti nasional yang melibatkan filem cereka, dokumentari dan filem pendek.

    Nota Kerjasama antara FINAS dan Jabatan Insolvensi Malaysia, sebagai langkah membantu mengurangkan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan penggiat industri.

    Sumbangan buat 17 orang para seniman turut diagihkan dalam bentuk wang tunai seperti Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih mesra dengan panggilan Mak Wan, Emma Akma dan ramai lagi.

    MENARIK:  Bella Astillah Kecewa dengan Isi WhatsApp Aliff & Ruhainies – 'Merasa Terkejut Kerana Pasangan Lama Berkomplot untuk Menjatuhkan'

    Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah serta Pengerusi FINAS, YBhg. Dato’ Hans Isaac sebagai wakil persatuan serta penggiat seni.

    The post Fahmi Fadzil Umum Dana & Insentif RM300 Juta Untuk Industri Kreatif, Pastikan Hak Seniman Terjaga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah