Penyanyi Fahimi Rahmat kekal berpegang pada keputusan untuk tidak mendedahkan wajah isterinya, yang dinikahi pada 20 Disember tahun lalu, kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fahimi Rahmat Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hamka
Penyakit ain

Ketika ditemui , Fahimi, berkata isterinya bukan seorang ‘public figure’ yang biasa dengan rencah industri seni.
Fahimi, 29, turut menjelaskan bahawa permintaan untuk tidak mendedahkan wajah isterinya kepada umum datang daripada isterinya sendiri.
Ada beberapa sebab saya pilih untuk tidak tunjuk wajah isteri. Antaranya, saya risau hal-hal seperti ain.
Lagi satu, saya mahu lindungi privasi sebab dia bukan orang seni. Dia orang biasa tetapi istimewa di mata saya. Itu pun memang permintaan dia.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kopi berkata dia mendedahkan mengenai perkahwinan ini kerana Islam menasihatkan agar ia diumumkan bagi mengelakkan sebarang fitnah di kemudian hari.
Saya bukan nak hebahkan lebih-lebih. Saya cuma kongsi perkara yang perlu supaya tidak timbul fitnah atau cerita yang tidak enak didengari.
Fahimi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Extra Joss Gathering for Media & Content Creators di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Fahimi antara barisan selebriti dan pempengaruh yang mempromosikan varian perisa baharu minuman Extra Joss di media sosial.
Perkenal perisa oren

Sementara itu, menurut Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, pelancaran semula ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Extra Joss untuk memperkukuh portfolio produk di Malaysia.
Walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan kegemaran ramai pengguna tempatan, pengenalan semula Oren memberi peluang kepada jenama untuk memenuhi segmen pengguna yang mahukan rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati pada bila-bila masa.
Oktavianus turut menegaskan bahawa Extra Joss sedang menyusun pelan pembangunan produk lebih agresif menjelang 2026 dan 2027, termasuk memperkenalkan lebih banyak perisa baharu bagi memenuhi keperluan dan tingkah laku pengguna yang semakin berkembang.
Pada masa ini, Extra Joss turut menawarkan rangkaian perisa Active, Anggur dan Mangga, yang masing-masing disesuaikan dengan citarasa pengguna berbeza, daripada pengguna harian biasa, gaya hidup aktif, hinggalah atlet serta mereka yang memerlukan pilihan tenaga yang lebih sesuai dengan rutin masing-masing.
The post Fahimi Rahmat Elak Penyakit Ain, Hormati Permintaan Isteri Untuk Tidak Dedah Wajah first appeared on OHBULAN!.





