Pelakon, Ezzrin Loy tampil memberikan pandangan mengenai perihal yang menyatakan lelaki baik di dunia ini semakin pupus.
Artikel Berkaitan: Sharifah Rose ‘Rahsia’ Status Hubungan Dengan Ezzrin Loy, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Makan Hati’ Tengok Ezzrin Loy Ucap ‘Happy Birthday’ Buat Sharifah Rose, Siap Buat Video – ‘Crush Kita Dah Bahagia’
Masih wujud

Pemilik nama Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri, 29, berpendapat lelaki baik sebenarnya masih lagi wujud dalam masyarakat namun cara mereka dinilai telah berubah.
Jujurnya lelaki baik masih ada. Cuma cara menilai mereka sekarang sudah berbeza.
Pandangan Ezzrin berkenaan isu itu mendapat perhatian orang ramai yang khususnya golongan lelaki.
Kebanyakan mereka bersetuju dengan pendapat aktor itu selain menyatakan lelaki baik tidak pernah diberi peluang untuk membuktikan keikhlasan mereka.
Sebelum ini, pelakon Wanna Ali berpendapat sukar untuk menjumpai lelaki yang bertanggungjawab dalam hubungan.
Menurutnya, lelaki benar-benar baik sudah pupus pada zaman ini.
Sumber: Threads
The post Ezzrin Loy Ulas Isu Lelaki Baik Semakin Pupus – ‘Masih Ada, Cuma Cara Mereka Dinilai Sekarang Berbeza’ first appeared on OHBULAN!.





