Pelakon Ezzanie Jasny akui teruja untuk menyambut raya tahun ini sekali gus berkongsi perancangannya untuk meluangkan lebih lama masa bersama keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Si Penyamar Mengugut Nak Sihir Saya’ – Ezzanie Jasny Buat Laporan MCMC, Akui Kini Lebih Tenang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ezzanie Jasny Hampir Koma, Syukur Keadaan Makin Pulih- ‘Trauma & Tidak Berani Memandu Kereta’
Beraya di Kelantan

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, memaklumkan bahawa dia bakal beraya di Kelantan selama seminggu.
Menurut Ezzanie, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang menetap di Kuala Lumpur sekali gus teruja untuk berjumpa saudara-mara di Kelantan.
Kalau raya di kampung keluarga memang akan masak macam-macam. Tahun ini saya beraya jauh di Kelantan. Insya-Allah seminggu saya beraya di sana.
Ayah saya orang Sungai Petani, Kedah, mak saya orang Kelantan. Belah ayah dah tak ada, jadi tinggal belah mak saja. Saya juga cucu yang pertama dalam keluarga.
Setiap kali raya saya memang teruja nak balik Kelantan untuk jumpa mereka.
Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.
Dalam pada itu, Ezzanie turut berkongsi antara hidangan wajib yang dinanti-nantikan setiap pagi raya iaitu kuah kuzi ayam yang dinikmati bersama roti jala.
Juadah paling saya nantikan ialah kuah kuzi ayam makan dengan roti jala. Kat Kuala Lumpur jarang orang buat.
Makanan itu wajib ada. Saudara-mara saya di Kelantan mungkin dah muak, tapi saya yang akan minta untuk hari raya pertama.
Serik tersangkut dalam kesesakan lalu lintas

Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta itu menegaskan bahawa dia tidak memilih kereta sebegai pengangkutan pulang ke Kelantan susulan pengalaman tersangkut dalam kesesakan lalu lintas selama 18 jam.
Justeru itu, Ezzanie memilih kapal terbang sebagai pengangkutan untuk pulang beraya tahun ini.
Balik Kelantan saya tak akan lagi bawa kereta, saya pernah kena 18 jam sekali.
Serik dah. Saya akan naik kapal terbang ke Kelantan.
The post Ezzanie Jasny Serik ‘Sangkut’ 18 Jam Dalam Kereta, Pilih Kapal Terbang Pulang Ke Kelantan first appeared on OHBULAN!.





