30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun PH: Duit dah bagi rakyat, k’jaan NS nak kami minta balik?

    Shopee Sale

    Sekumpulan Adun Pakatan Harapan (PH) hari ini mempersoalkan jika kerajaan Negeri Sembilan mengharapkan mereka meminta rakyat memulangkan wang yang sudah disalurkan untuk manfaat mereka.

    Ia susulan pengumuman Menteri Besar Ismail Lasim semalam yang mengarahkan 17 Adun dan bekas Adun PH serta dua penyelaras kawasan memulangkan peruntukan bagi tempoh Julai hingga September.

    Pada sidang media hari ini, Adun Nilai J Arul Kumar yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan berkata kebanyakan mereka sudah membelanjakan peruntukan pendahuluan yang diterima pada Jun dengan menyalurkan wang berkenaan menerusi pelbagai saluran.

    Menurutnya, mereka yang masih mempunyai baki peruntukan kawasan pada 30 Jun sudah memulangkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri seperti diarahkan.

    Adun Nilai J Arul Kumar juga naib pengerusi DAP kebangsaan dan pengerusi parti di Negeri Sembilan.

    “Isunya sekarang adalah duit yang kita dah bagi pada rakyat, bukan pada sendiri, bagi pada rakyat melalui persatuan, melalui keperluan individu, dalam tempoh kita dibenarkan.

    “Sekarang minta balik itu duit, macam mana kita nak minta balik daripada penerima tersebut?

    “Ini satu yang kita harap kerajaan negeri dapat melihat kembali,” kata Arul yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu dalam sidang media di Seremban pagi tadi.

    Turut hadir ialah Yew Boon Lye, Nicole Tan Lee Koon, Siau Meow Kong, Choo Ken Hwa, Chew Seh Yong (Lobak) dan Dr G Rajasekaran.

    ‘Bukan jumlah kecil’

    Pada sidang media semalam, Ismail berkata kesemua 17 Adun PH, termasuk enam yang tewas dalam pilihan raya negeri, serta dua penyelaras kawasan perlu memulangkan peruntukan bagi tempoh Julai hingga September dalam masa sebulan.

    Menurut laporan Bernama, menteri besar itu berkata wang berkenaan perlu dipulangkan kerana mereka tidak lagi mempunyai fungsi rasmi selepas DUN dibubarkan pada 5 Jun.

    Peruntukan yang merangkumi dana pusat khidmat dan kebajikan awam itu dilaporkan disalurkan kepada wakil rakyat negeri serta penyelaras kawasan Paroi dan Labu.

    Setiap wakil rakyat kini diarahkan memulangkan RM174,000 manakala setiap penyelaras perlu membayar balik RM150,000.

    Arul yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata jumlah berkenaan bukan kecil untuk ditanggung oleh Adun terbabit.

    MENARIK:  ULASAN | Projek Kota Madani bukan pelan retorik

    Dia menegaskan Adun PH sudah mengagihkan peruntukan itu untuk membantu rakyat dan menafikan dakwaan wang berkenaan digunakan bagi tujuan politik.

    Wakil rakyat berkenaan turut menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana peruntukan itu diluluskan secara sah dalam mesyuarat exco kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Jun yang dipengerusikan menteri besar ketika itu, Aminuddin Harun.

    Menurut Arul, menjadi kebiasaan bagi Adun memohon Pejabat Menteri Besar menyalurkan peruntukan suku tahunan mereka lebih awal, seperti yang berlaku dalam kes ini.

    Arul, yang merupakan anggota exco kerajaan negeri ketika itu mendakwa mereka juga tidak mengetahui bila DUN akan dibubarkan semasa meluluskan peruntukan tersebut.

    Katanya, tiada arahan yang melarang Adun menggunakan peruntukan kawasan selepas DUN dibubarkan dan tiada ketetapan mengenai jumlah yang boleh digunakan setiap bulan.

    “Kalau ada kata selepas bubar DUN tak boleh belanja, kita akan stop. Tapi apabila kita tidak dimaklumkan dan ada surat yang kita benarkan untuk dibelanjakan, sebab itu kita belanja.

    “Dan selepas 30 Jun kata tak boleh belanja, kita patuh. Walaupun penamaan calon adalah 18 Julai, tetapi saya pasti yakin tidak ada sesiapapun yang belanjakan selepas 30 Jun 2026.

    “Untuk makluman semua juga, kita... saya juga telah semak, 17 Adun dan dua penyelaras telah pun mengantar semua laporan kewangan sehingga 30 Jun 2026 dan sesiapa yang ada baki, semuanya telah dipulangkan.

    “Dan ikut keputusan sidang media semalam... pengumuman sidang media semalam, mereka telah pun minta supaya kita memulangkan duit ikut bulan. Dalam mana-mana surat yang kita terima sejak sebelum ini, setiap peruntukan itu disalurkan ikut suku (tahun).

    "Kalau ikut suku, dalam mana-mana surat tidak menyatakan setiap bulan boleh pakai satu amaun itu saja,” katanya.

    Dia merujuk surat daripada pejabat Aminuddin yang mengarahkan semua Adun berhenti menggunakan peruntukan kawasan selepas 30 Jun, menyerahkan laporan akaun pusat khidmat masing-masing dan memulangkan sebarang baki kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya pada 10 Julai.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah