Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima memaklumkan lebih selesa bekerjasama dengan pelakon berpengalaman daripada mengambil pelakon baharu untuk filem arahannya yang akan datang.
Artikel Berkaitan: OBPVO: Karya Erma Fatima Mendunia! ‘Keluarga Itu’ Rangkul Trofi Drama Paling Viral
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Sebak Lihat Fattah & Amira Bersanding – ‘Terima Kasih Allah, Hantar Insan Yang Beri Cinta Sejati Buatnya’

Ketika ditemui , Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali, 56, berkata perkara itu dibuat kerana masa untuk latihan terhad.
Saya sudah lama berehat daripada mengarah filem jadi bila saya nak buat ‘comeback’, saya harus memastikan saya dapat pelakon yang hebat supaya pelakon-pelakon ini bersedia untuk masuk set dan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Waktu pula tidak mencukupi untuk saya latih pelakon. Tapi kalau saya ada pelakon baru, bukan nak kata mereka tak bagus, tetapi saya perlukan masa untuk training. Jadi kalau dia gagal, dia akan merosakkan impian saya.
Filem ini adalah sesuatu yang sangat besar untuk saya. Isunya berat dan besar yang bersangkut paut dengan Islam.
Sementara itu, Erma berkongsi pihaknya sudah melakukan sesi pemilihan namun merahsiakan senarai penuh pelakon utama.
Tidak mahulah sebutkan pelakonnya sekarang tapi yang akan menjadi pelakon pembantu adalah Eman Manan, Datin Seri Umie Aida, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Vanida Imran.
Ini adalah pelakon yang akan menjayakan watak ayah dan ibu kepada hero dan heroin.
Tepati syariah

Bercerita lanjut, Erma berkata filem terbaharunya itu menepati sepenuhnya garis panduan syariah.
Saya dah lama tak mengarah filem. Saya dah lama dah saya ‘break’. Saya membawa hati, merajuk kononnya tak tahu apa yang dirajuk. Tapi sekarang sedang membuat persiapan untuk menghasilkan filem.
Insya-Allah tahun depan mula penggambaran. Filem yang saya akan buat ini adalah filem islamik yang patuh syariah… betul-betul patuh syariah.
The post Erma Fatima Utamakan Pelakon Berpengalaman Dalam Filem Terbaharu – ‘Waktu Tak Cukup Latih Pelakon Baharu’ first appeared on OHBULAN!.





