30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ajak Shiro Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus – ‘Dekat Dengan Rumah, Saya Tak Nak Dia Penat’

    Shopee Sale

    Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro sekali lagi membantu rakan seindustri dengan menghadiahkan salah sebuah cawangan restorannya kepada Ebby Yus.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ajak Buka Restoran Kedua, Hadiahkan Cawangan Baru Kepada Ebby Yus – ‘Saya Ada Hajat Bawa Abang Ke Sini’

    MENARIK:  [VIDEO] Caprice: 'Tidak Kira Berapa Kali Curang, Isteri atau Suami Orang Tetap Salah'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ebby Yus Dedah Penyanyi Wanita Muda Sombong, Enggan Langsung Bertegur Sapa – ‘Saya Di Sebelah Dia’

    Untuk Ebby

    " data-video-id="7530620970399321352" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ajakshiro_

    Datang minta restu Abg☺ . Terima kasih Abg Ebby selalu jadi tulang belakang saya..Saya rasa semua ni asbab doa Abg..Terima kasih sebab selalu mendoakan.. . Cawangan Kg Baru ni cawangan ke 2 untuk Abg Ebby..Harap Abg gembira dan teris doakan kejayaan kita sama2..Untuk korang semua terima kasih sebab menyokong jenama kasih sayang Bumbu Babah.. . Jumaat esok kita mula operasi..Jumpa dekat Bumbu Babah Kg Baru Jon Raja Abdullah🤝 . @bumbubabah_hq @Ebby Yus Rashid . #kgbaru #bumbubabah #nasipadang

    ♬ original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

    Menerusi hantaran TikTok, Ajak atau nama lengkapnya Mohd Hanafi Razak, menziarahi Ebby di kediamannya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

    Ajak memaklumkan bahawa cawangan terbaharu restorannya itu akan diberikan kepada Ebby kerana lokasinya berhampiran dengan rumah aktor tersebut.

    Hari ini saya nak buat kejutan untuk Ebby, kali kedua.

    Dia ini orangnya rajin selalu datang kedai dan bersembang dengan pelanggan.

    Saya rasa kesian sebab dia selalu datang ke kedai, jadi saya nak buat supaya dia tak penat. Lepas ini dia boleh datang kedai, sebab kedai dekat dengan rumah dia.

    Pelawak berusia 39 tahun itu kemudian memberi kontrak restoran kepada Ebby untuk ditandatangani.

    Alhamdulillah, saya dapat buka satu lagi cawangan. Sama juga, cawangan ini untuk abang.

    Terima kasih Abang Ebby, selalu jadi tulang belakang saya. Saya rasa semua ini asbab doa abang, terima kasih sebab selalu mendoakan.

    Harap abang gembira dan terus mendoakan kejayaan kita sama-sama.

    Syukur kepada Allah

    Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu kemudian mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ajak di atas kebaikannya.

    Terima kasih banyak-banyak Ajak, aku tak tahu nak cakap macam mana.

    Aku doakan kau dan semua team dapat rezeki yang melimpah ruah kerana berkongsi rezeki.

    Terdahulu, Ajak menghadiahkan cawangan restorannya di Pasar Seni kepada Ebby untuk membantu aktor itu yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan.

    Untuk info, Ebby mengalami masalah buah pinggang dan jantung serta telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Oktober lalu.

    Sumber: TikTok Ajak Shiro

    The post Ajak Shiro Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus – ‘Dekat Dengan Rumah, Saya Tak Nak Dia Penat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah