30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’

    Shopee Sale

    Tindakan personaliti media sosial dan usahawan, Mua Bellaz yang sudi menghadiahkan barangan keperluan sekolah berjenama kepada rakan-rakan anaknya telah menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0

    Artikel Berkaitan: Anak Ditawar Sertai Program Realiti, Mua Bellaz Terpaksa Tolak – ‘Belum Masanya, Biar Dia Nikmati Zaman Kanak-Kanak

    Keperibadian Bellaz

    Menerusi perkongsian semula di Threads, anak lelaki Bellaz iaitu Ean Yusuf, dilihat memberikan hadiah tersebut kepada rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya yang keenam tahun di sekolah.

    Kanak-kanak itu kelihatan ceria dan gembira, malah ada yang berpelukkan dengan Yusuf selepas menerima hadiah tersebut.

    Sementera itu, keperibadian Bellaz yang sudi berkongsi rezeki telah meraih pujian warganet yang turut sebak melihat momen Yusuf bersama rakan-rakannya.

    Bagus sungguh Bellaz ni, dia tahu bukan semua ibu bapa mampu beli barang-barang Smiggle.

    Sebak pula tengok anak-anak tu semua seronok dapat hadiah masa hari lahir Yusof.

    Antara manusia yang tak menunjuk kaya dan disenangi semua orang.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Bellaz sebagai seorang yang pemurah kerana telah menggembirakan kanak-kanak yang mungkin tidak mampu membeli barangan sekolah daripada jenama tersebut.

    MENARIK:  KWSP Turun Ke Universiti Untuk Kempen Literasi Kewangan. Perkasa Ilmu Simpanan Untuk Generasi Muda

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah