Pelakon Fadhli Masoot mendedahkan bahawa dia masih belum mempunyai rezeki untuk berlakon dalam mana-mana karya buat masa ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tawaran Berlakon Saya Tidak Serancak Kawan Lain, Tapi Tak Pernah Putus’ – Fadhli Masoot
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ada Benda Yang Amir Perlu Tengok Balik Pada Diri Dia..’ – Fadhli Masoot
Fadhli Masoot tak dapat tawaran berlakon

Menerusi hantaran di Threads, Fadhli berharap agar stesen televisyen terbuka hati untuk memberinya peluang kembali menghiasi kaca televisyen seperti sebelum ini.
Belum ada rezeki. Doakan moga stesen TV terbuka hati memilih seperti dahulu kala.
Fadhli memberi respon sedemikian susulan soalan yang diajukan seorang individu yang meluahkan rasa rindu untuk melihat lakonannya.
Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang sama-sama mendoakan agar Fadhli diberikan peluang untuk kembali berlakon.
Komen netizen

Sumber: Threads
The post Fadhli Masoot Akui Belum Ada Tawaran Berlakon, Harap Stesen TV Terbuka Hati – ‘Belum Ada Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.





