27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar berdepan tekanan jika DAP tinggalkan kabinet

    Shopee Sale

    Jika perwakilan DAP memilih untuk keluar dari kabinet kerajaan Perpaduan pada 16 Ogos nanti, tindakan itu dijangka memberi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Penganalisis politik, Syaza Farhana Mohamad Shukri, berkata apa yang paling dibimbangkan daripada keputusan itu ialah, ia akan dijadikan modal oleh PN dan BN sebagai bukti bahawa Anwar sudah hilang keyakinan daripada parti komponennya sendiri.

    Justeru, katanya, pembangkang khususnya akan memberi tekanan lebih kuat supaya parlimen dibubarkan bagi membuka laluan untuk PRU ke-16 diadakan dalam masa terdekat.

    “Saya risau sebab saya tak rasa itu (PRU) yang rakyat mahukan (daripada) ketidakstabilan politik ini.

    “Jadi ini yang akan melemahkan kerajaan dan membuka laluan kepada serangan pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini.

    Syaza Farhana Mohamad Shukri

    Lebih 4,200 perwakilan DAP akan mengundi pada 16 Ogos ini bagi menentukan sama ada parti itu patut kekal dalam pentadbiran Putrajaya sehingga tamat penggal perkhidmatan semasa atau sebaliknya.

    Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, akan membawa usul bagi pihak Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP bagi membolehkan perkara itu diundi para perwakilan.

    Proses mengundian itu akan memberikan hak kepada setiap perwakilan DAP dari seluruh negara melalui kertas undi. Proses pengundian dibuat secara rahsia dengan setiap perwakilan diberikan satu kertas undi.

    Syaza berkata, jika DAP berundur dari kabinet, mungkin keabsahan sokongan terhadap Anwar tidak tercabar, namun persepsi dan naratif tertentu akan dimainkan oleh pihak lawan.

    "Saya percaya kerajaan akan sentiasa dalam situasi defensif yang seterusnya akan menyukarkan usaha-usaha reformmasi yang lain," katanya.

    Tidak mengejar jawatan

    Pada masa sama ahli akademik itu mengakui DAP juga berada dalam keadaan sukar.

    "DAP juga perlu buat sesuatu, kalau tidak memang nampak mereka seperti sudah hilang taring. Kita tahu penyokong DAP berasa seperti mereka tidak didengar sekarang.

    "Justeru jika DAP keluar kerajaan mereka boleh kembalikan keyakinan penyokong, tetapi akan berada di luar kerajaan bererti kurang pengaruh. Ini pun boleh melemahkan DAP.

    MENARIK:  Bukan sebab Kula – Peguam perjelas kenapa Zamri digari, Arun tidak

    "Tetapi buat masa sekarang saya rasa DAP utamakan electoral survival," katanya yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Mazlan Ali berpendapat undian untuk menentukan sama ada DAP akan kekal atau keluar daripada kerajaan Madani adalah satu daripada cara parti itu mengambil tanggungjawab.

    Mazlan Ali

    Katanya, langkah itu diambil selepas kemerosotan pengaruh parti itu kelihatan ketara apabila ditolak pengundi di Sabah, diikuti prestasi merosot di Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

    "Khususnya undi masyarakat Cina sudah mula beralih kepada BN, sebab itulah dalam kongres itu nanti mereka menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada DAP kekal atau keluar dari kerajaan.

    "Apabila DAP keluar kabinet, kerajaan tidak terkesan sangat kerana 40 orang ahli parlimen DAP akan kekal menyokong, tetapi dari segi semangat kesatuan itu menunjukkan secara moral - orang akan melihat macam ada perpecahan.

    "Orang akan melihat kabinet Anwar tidak jitu kerana komponen terpentingnya keluar kerajaan dan masyarakat Cina tidak ada lagi wakil mereka dalam kerajaan kalau DAP keluar," katanya.

    Tambah Mazlan, walaupun tempoh PRU ke-16 sudah tidak begitu lama lagi, namun sikit sebanyak isu-isu berkaitan masyarakat Cina tidak lagi dapat diperjuangkan di kabinet melalui wakil mereka.

    Pun begitu, katanya, pilihan yang diberikan DAP kepada perwakilan mereka itu merupakan cara parti terbabit menunjukkan tanggungjawab moral mereka.

    Kata Mazlan lagi, penyokong DAP akan melihat parti itu bertanggungjawab dan tidak mengejar jawatan dalam kerajaan apabila pemimpinnya sanggup melepaskan jawatan selepas ditolak pengundi.

    "Jadi imej DAP secara tak langsung akan nampak mereka tidak tamak kuasa.

    "Namun kesan jangka panjangnya ialah, tiada lagi wakil masyarakat Cina dalam kerajaan.

    "Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kerana segelintir masyarakat Cina mungkin melihat DAP seperti lari daripada tanggungjawab," kata Mazlan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah