31.7 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya tak mahu ditanya Sang Pencipta dan tak dapat jawab’

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan menjadi amanah buat dirinya dan kementeriannya untuk bercakap benar serta memastikan kebenaran disampaikan kepada rakyat.

    Ini termasuk laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan dibentangkan esok dan menyentuh beberapa perkara sensitif, jelas jurucakap kerajaan Madani.

    “Saya tidak mahu di hadapan Sang Pencipta saya ditanya dan saya tidak dapat menjawab.

    “Jadi menjadi amanah saya dan kementerian kita untuk bercakap benar, untuk berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan kebenaran itu dan sekiranya datang kepada kita sebarang ketidakbenaran ataupun kepalsuan ataupun fitnah ataupun perkara yang tidak sahih, maka wajib kita sama-sama tentukan dan jelaskan,” katanya seperti dipetik Bernama ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Komunikasi Zon Sabah dan Labuan, di Kota Kinabalu hari ini.

    Laporan RCI setebal 211 halaman yang merangkumi operasi TH dari 2014 hingga 2020 mendedahkan kelemahan tadbir urus dan dakwaan campur tangan politik dalam urusan agihan keuntungan serta operasi haji. Antara dapatan utamanya ialah TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion pada 2017, tetapi sebaliknya melaporkan keuntungan RM3.4 bilion.

    Laporan itu mencadangkan audit forensik terhadap beberapa pelaburan berisiko yang mengakibatkan kerugian besar kepada dana pendeposit, selain penarikan balik bonus RM2.19 juta kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties.

    Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar siasatan berhubung dapatan RCI TH dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi.

    Sultan Ibrahim menegaskan siasatan terhadap penemuan RCI TH perlu diteruskan“hingga ke lubang cacing”.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu lalu menahan reman lima individu antara tiga hingga lima hari bagi membantu siasatan berhubung pelbagai dakwaan salah laku dalam laporan RCI Tabung Haji.

    Pasukan Khas SPRM turut menahan bekas ketua pegawai eksekutif dan bekas ketua pegawai kewangan sebuah badan berkanun berhubung pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta, namun kedua-duanya dibebaskan atas faktor kesihatan.

    MENARIK:  AGC bantah permohonan semakan badan peguam berhubung NFA kes Zahid

    Polis pula membuka lima kertas siasatan selepas menerima sembilan laporan daripada pengurusan TH, anak syarikatnya dan orang awam. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang merakam keterangan saksi dari dalam serta luar negara dan mendapatkan dokumen berkaitan bagi melengkapkan siasatan.

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyiasat individu tertentu selepas mengesan ketidaksepadanan ketara antara pemilikan aset mewah dengan pendapatan yang dilaporkan. Keraguan dalam perisytiharan pendapatan itu membawa kepada serbuan di beberapa premis untuk menyita dokumen dan mengesahkan fakta siasatan.

    Dalam perkembangan lain, Fahmi hari ini berkata agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan maklumat yang benar, tepat dan mudah difahami dapat disampaikan kepada rakyat.

    Menurutnya, perananan itu penting khususnya bagi memastikan rakyat memahami secara menyeluruh sesuatu dasar, program atau perkara berkepentingan awam, sekali gus mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir.

    Dia berkata agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan antara tonggak kementerian yang memainkan perananan penting dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat.

    Agensi berkenaan juga, katanya perlu bertindak segera sekiranya terdapat perkara yang kurang difahami atau menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    Fahmi berkata Kementerian Komunikasi turut mewujudkan Quick Response Team (QRT) yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Bahria Mohd Tamil bagi menyediakan kandungan yang mudah dihadam dan difahami rakyat.

    Dia turut meminta Japen dan J-Kom meneliti kaedah penyampaian maklumat yang lebih berkesan, termasuk menerusi komunikasi bersemuka dan kumpulan WhatsApp, selain saluran formal serta media sosial.

    Menurut Fahmi, pendekatan itu penting kerana sesuatu dasar atau program kerajaan yang mempunyai niat baik boleh disalah tafsir sekiranya maklumat tidak disampaikan secara tepat dan menyeluruh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah