32 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jalur Gemilang ‘cacat’ di Terengganu kejadian terpencil – MB

    Shopee Sale

    Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap kejadian bendera Jalur Gemilang 'cacat' yang dikibarkan di negeri itu sebagai "kes terpencil" dan tidak wajar diperbesarkan.

    Kata Ahmad Samsuri, dia juga berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

    Dia yang juga Pengerusi PN menambah, siasatan akan dijalankan ke atas insiden tersebut.

    "Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, (sebaliknya) kes yang terpencil yang tidak disengajakan.

    "Apa pun kita (kerajaan negeri) akan melakukan siasatan dan memastikan perkara tu tidak akan berulang lagi.

    "Walau siapa jua yang memasang bendera itu termasuklah orang awam atau sebagainya," katanya.

    Dia ditemui media ketika hadir di majlis sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

    Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Jalur Gemilang yang berkibar tanpa lambang bulan dan bintang sehingga membangkitkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

    MENARIK:  Hadkan tempoh PM: Bersih tak faham bantahan Pemuda PN

    Jalur Gemilang itu dilihat berkibar di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

    Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat, dilaporkan berkata bendera tersebut sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang, namun bahagian tersebut tercabut jahitannya susulan ribut yang melanda pada Jumaat lalu.

    “Berikutan kejadian itu, pihak kami mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang yang baru.

    “Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang, cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan,” katanya dipetik sebagai berkata.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah