27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sudah 10 Tahun Bina Nama Di Indonesia, Riena Diana Dedah Sebab Keith Foo Pilih Malaysia

    Shopee Sale

    Pelakon, Riena Diana mendedahkan kisah di sebalik perjalanan kekasihnya, Keith Foo dalam memulakan kerjaya sebagai anak seni di tanah air.

    Artikel Berkaitan: Riena Diana Puji Keperibadian Azira Shafinaz, Tak Pernah Sombong – ‘Dia Sweet & Sangat Baik’

    Artikel Berkaitan: Riena Diana Tegur Individu Hina Rumah PPR, Dedah Pernah Jadi Penduduk Selama Tiga Tahun – ‘Tak Semua Ada Rezeki Mewah’

    Balik Malaysia

    View on Threads

    Kata Riena atau nama lengkapnya Nur Qamarina Diana Zulreal, Keith sepatutnya pulang ke Malaysia bagi memenuhi satu tawaran, namun tanpa disangka tawaran tersebut turut membuka jalan kepada pintu rezeki yang lain.

    Jelas Riena, keputusan untuk menetap di sini menjadi semakin kuat apabila melihat keadaan ibu bapanya yang sudah semakin berusia.

    Dalan hantaran yang sama, Riena turut berkongsi bahawa kekasihnya itu sehingga kini masih menerima tawaran dari negara jiran, namun terpaksa menolaknya kerana memikirkan tentang anaknya.

    Sebenarnya dia patut balik Malaysia untuk satu job sahaja tetapi selepas itu rezeki dapat tawaran berterusan.

    Kata Keith mungkin sudah tiba masanya untuk berlakon di Malaysia pula dan dia ada cakap ibu bapa dah tua jadi buat keputusan untuk tinggal di sini.

    Sehingga sekarang di masih lagi dapat tawaran berlakon di Indonesia tetapi dia tolak sebab anak, tak mahu jauh dari Sky (anak).

    Jelas lanjut, pelakon drama Bidaah itu berkata walaupun Keith sudah membina nama di Indonesia selama kira-kira 10 tahun, dia tetap memilih untuk berpindah ke Malaysia kerana mahukan cabaran baharu dalam kerjaya seni.

    Saya ada tanya Keith kenapa dia pilih untuk balik Malaysia lepas berlakon dekat Indonesia? Dia dah ada nama dan dah berlakon sinetron serta filem.

    Keith kata dia nak keluar daripada zon selesa dan mahu pengalaman baharu, cabaran baharu di sini sebab dah 10 tahun dekat Indonesia.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Fenomena Senario’ Sukar Berulang? Ramai Dakwa Komedi Tempatan Kini Semakin Suram

    The post Sudah 10 Tahun Bina Nama Di Indonesia, Riena Diana Dedah Sebab Keith Foo Pilih Malaysia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah