30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Berapa Adil Kalau Saya Masuk Bertanding’ – Yusry Abdul Halim

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim berpandangan bahawa penyertaannya dalam pertandingan nyanyian berskala besar mungkin kurang sesuai, sebaliknya peluang tersebut wajar diberikan kepada mereka yang lebih layak.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebagai Penyanyi, Kita Perlu Sentiasa Berkembang’ – Yusry

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yusry Sangat Komited Pada Kerja, Tapi Dia Tetap Nak Peluk Cium Anak-Anak’ – Lisa Surihani

    Rasa tak adil

    Ketika ditemui , Yusry, 53, bagaimanapun menyatakan hasrat untuk memasuki program seperti Gegar Vaganza namun berpendapat peluang tersebut lebih wajar diberikan kepada penyanyi lain.

    Menurutnya, program seperti itu seharusnya menjadi platform buat mereka yang sudah lama meninggalkan dunia seni.

    Kalau diberi peluang untuk bertanding, bukan Kilauan Emas, program lain macam GV, buat masa sekarang taklah kot.

    Sebab GV untuk diberi ruang kepada penyanyi-penyanyi yang dah tinggalkan pentas, yang dah lama tidak ada dalam arena seni.

    Saya masih ada album, baru ini. Mungkin tak berapa adil kalau saya masuk bertanding.

    Mengulas mengenai penglibatannya dalam Kilauan Emas Selebriti 2026, Yusry mengakui tanggungjawab sebagai juri tetap bukan sesuatu yang mudah kerana turut hadir bersama tekanan untuk memberikan penilaian terbaik.

    MENARIK:  [VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’

    Kata suami kepada pelakon Lisa Surihani itu, cabaran utamanya dalam program itu apabila dia perlu memberikan komen dan penilaian terhadap peserta yang lebih senior dalam industri berbanding dirinya.

    The post ‘Tak Berapa Adil Kalau Saya Masuk Bertanding’ – Yusry Abdul Halim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah