27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyanyi Didakwa B*nuh Remaja 14 Tahun, M*yat Reput Ditemui Dalam Bonet Kereta

    Shopee Sale

    Seorang penyanyi Amerika, d4vd, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang tahun lalu.

    Mayat dalam kereta

    Memetik laporan BBC, David Anthony Burke, 21, didakwa membunuh Celeste Rivas Hernandez selepas remaja itu dikatakan mengunjungi rumahnya di Hollywood Hills pada 23 April 2025.

    Mayat mangsa kemudiannya ditemui pada 8 September 2025 di dalam bonet hadapan sebuah kereta Tesla yang didaftarkan atas nama Burke. Menurut dokumen mahkamah, keadaan mayat yang telah mereput menyukarkan proses siasatan, termasuk untuk menentukan punca kematian.

    Pendakwa Raya Daerah Los Angeles, Nathan Hochman, memaklumkan bahawa tiga pertuduhan utama telah dikenakan terhadap penyanyi tersebut, iaitu pembunuhan darjah pertama dengan unsur ‘menunggu mangsa’, pembunuhan bermotifkan keuntungan kewangan, serta membunuh seorang saksi dalam siasatan. 

    MENARIK:  Singgah R&R PLUS Sekejap Je, Sekali Jadi Kenangan Bermakna!

    Pihak pendakwaan turut mendakwa suspek bertindak demikian bagi melindungi kerjaya muziknya yang didakwa terancam, selain mangsa dipercayai merupakan saksi dalam siasatan berkaitan perbuatan seksual melibatkan suspek.

    Dalam prosiding mahkamah, pasukan peguam bela menegaskan bahawa bukti yang akan dikemukakan kelak akan menunjukkan Burke tidak terlibat dengan kematian remaja tersebut malah berikrar untuk mempertahankan anak guam mereka.

    Sementara itu, ibu bapa mangsa meluahkan rasa sedih dan berharap keadilan dapat ditegakkan. Ketua Polis Los Angeles, Jim McDonnell, pula menjelaskan bahawa siasatan mengambil masa panjang kerana melibatkan ramai saksi selain bukti yang terjejas akibat keadaan mayat yang telah lama mereput.

    Sumber: BBC

    The post Penyanyi Didakwa B*nuh Remaja 14 Tahun, M*yat Reput Ditemui Dalam Bonet Kereta first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah